PETALING JAYA – Waktu pengoperasian Klinik Kesihatan (KK) akan dipanjangkan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan. Menurut hebahan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebooknya memaklumkan, pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat itu dilaksanakan di 52 buah Klinik Kesihatan terpilih seluruh negara.
“Waktu operasi dipanjangkan dari 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu. “Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 5 petang hingga 9.30 malam dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu,” kata kenyataan itu hari ini. Klinik Kesihatan terlibat di Kedah ialah (Alor Setar, Kulim, Sungai Petani, Kuah dan Padang Matsirat) dan Perlis (Kuala Perlis dan Kangar). Di Perak pula melibatkan (Tapah, Teluk Intan, Greentown, Kemunting, Taiping, Sitiawan dan Tanjung Malim) manakala Selangor (Ampang, Kajang, Taman Medan, Seksyen 19, Bandar Botanik dan Taman Ehsan).
Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Kuala Lumpur dan Presint 9), Negeri Sembilan (Port Dickson, Bahau dan Seremban), dan Johor (Mahmoodiah, Sultan Ismail, Bandar Maharani, Mengkibol, Batu Pahat dan Kulai Besar). Pahang pula di (Bandar), Kelantan (Bandar Kota Bharu) dan Sabah (Inanam, Luyang,Menggatal, Lahad Datu, Penampang, Putatan, Sandakan dan Tawau). Di Sarawak turut melibatkan (Jalan Masjid, Bintulu dan Jalan Lanang), Pulau Pinang (Bayan Baru dan Seberang Jaya) dan Melaka di (Masjid Tanah, Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Ayer Keroh dan Peringgit). Tambah kenyataan itu, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat. – CARI Sumber: Kosmo
|
wirazam replied at 10-3-2023 06:16 PM
Bagus..ini yg sepatutnya...
Lagi satu Mohon sekolah pun dipanjangkan sampai kul 6 ptg..byk sikit bud ...
wirazam replied at 10-3-2023 06:16 PM
Bagus..ini yg sepatutnya...
Lagi satu Mohon sekolah pun dipanjangkan sampai kul 6 ptg..byk sikit bud ...
Thunderclouds replied at 10-3-2023 06:14 PM
Tok laki aku p emergency tggu di zon hijau dr belom maghrib sampai tgh mlm (yes,dlm kol 12am) br dpt ...
rayray28 replied at 10-3-2023 07:22 PM
Yeayyy Alhamdulillah syukurrr..lama dh menantikan saat ini..nasib KK dkt umh ni dlm list..zaman2 bef ...
Thunderclouds replied at 10-3-2023 06:14 PM
Tok laki aku p emergency tggu di zon hijau dr belom maghrib sampai tgh mlm (yes,dlm kol 12am) br dpt ...
Lagubestbest replied at 11-3-2023 01:53 AM
confirm kau g 7pm nurse kat kaunter buat muka n merungut.
ashilalat replied at 11-3-2023 03:25 AM
Mentaliti melayu suka komplen, x dtg lagi dah komplen. Suka sangka buruk.
Aku pegi elok je diorg ...
clarizsa replied at 11-3-2023 03:04 AM
Dulu2 zaman klinik 1 msia rasanya mmg ada lanjutan jam cmni tapi sakit ringan2 je boleh
Yg skrg xta ...
axl_bach replied at 11-3-2023 03:21 PM
Harap extended hours ni disertakan juga dgn perkhidmatan xray dan makmal ujian darah sekali.
ADVERTISEMENT