Tewas di tangan Penang FC melalui penentuan sepakan penalti 3-4 pada perlawanan pusingan pertama Piala FA, pada Rabu membuat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sekali lagi kempunan meraih kemenangan.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah gelagat pemain sayap (KDA FC), Fayadh Zulkifli dalam satu insiden. Menerusi klip ulang tayang yang tular, Fayadh dilihat membuat provokasi dengan meraikan jaringan penyamaan pasukannya pada minit ke 89 di hadapan penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi. Berikutan tindakannya itu, dia disifatkan peminat bola sepak tempatan sebagai tidak profesional. "Muka tak hensem tak apa,tapi perangai kena cantik. Baru orang hormat. Belajarlah dari Ariff Aiman (pemain Johor Darul Takzim) bagaimana menyantuni kawan dan lawan serta sentiasa merendah diri.
"Sikap yang tak profesional sebagai seorang pemain. Amat memalukan bola sepak Malaysia kerana provokasi pasukan lawan. Ini Piala FA, kena seiring dengan sikap pemain. "Patut bersyukur dapat jaringan, ni tak kau pergi kacau penjaga gol tu. Kan dah dapat malu. Apa pun tak dapat," antara komen netizen. Dalam pada itu, terdapat juga dalam kalangan penyokong memuji sikap Shafiq, 23, yang tenang tidak memberikan reaksi balas terhadap provokasi berkenaan. Fayyadh merupakan antara tonggak utama bahagian serangan Kedah pada musim lepas dengan memiliki sebanyak 30 penampilan dan menyumbang 10 gol dalam semua kejohanan. Pada 2019, Fayyadh mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melanjutkan kontraknya dan meletakkan harga tebus kontrak bernilai RM5 juta. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT