CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurulatih Kecergasan Tunjuk Anu Pada Gadis Di Gimnasium

10-3-2023 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 882| Komen: 0

GEORGE TOWN – Seorang jurulatih kecergasan sebuah gimnasium dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan dan menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis, Selasa lalu.


Bagaimanapun, tertuduh, Khaw Chee Young, 29, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa hendak mengaibkan kehormatan seorang gadis dengan cara menunjukkan kemaluan kepada gadis tersebut.

Foto: kosmo

Perbuatan itu dilakukan di aras dua sebuah gimnasium di Lebuh Raya Thean Teik, Pulau Pinang, kira-kira 9.40 pagi pada 7 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa di lokasi dan masa yang sama telah menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan gadis yang sama.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Sebutan dan penyerahan dokumen ditetapkan pada 17 April ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040323 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top