CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Ingatkan Harimau Bintang Yang Mati Dilanggar, Rupanya Kucing Batu

10-3-2023 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3032| Komen: 36

SABAK BERNAM – Haiwan yang tular mati dilanggar kenderaan di Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Kampung Tebuk Pulai di sini, kelmarin disahkan spesis kucing batu dan bukannya harimau bintang.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, kemalangan melibatkan kucing dewasa itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 petang dan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan mendapati perkara itu adalah sahih selepas turut menghubungi pemilik akaun media sosial yang memuat naik gambar haiwan tersebut.


Foto: FB

“Anggota kita meninjau lokasi kejadian dan menemui kucing batu itu yang sudah mati. Bangkai haiwan berkenaan kemudian dibawa balik ke pejabat Perhilitan bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan penemuan seekor haiwan yang mati di tepi jalan dan netizen mendakwa ia spesis harimau bintang atau cheetah.-CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 10-3-2023 03:12 PM
Cantiknya ni kucing liar sygnya kena langgar mahal ni!
Quote bottombikini 10-3-2023 03:21 PM
ala tumilnye
Quote vanillaninja 10-3-2023 03:54 PM
Kucing batu ni boleh bela ke?
Quote Antifake 10-3-2023 03:54 PM
Kesiannya… carik makan kat kawasan manusia
Quote myakayina 10-3-2023 03:58 PM
sygnya kena langgar..
Quote copy_paste 10-3-2023 04:05 PM
vanillaninja replied at 10-3-2023 03:54 PM
Kucing batu ni boleh bela ke?

haiwan yg dilindungi,xleh bela,kalau nk bela jugak kena ade lesen sah,

Quote mawarkhayalan99 10-3-2023 04:16 PM
ciannya meow kena langgar
Quote supernaturalee 10-3-2023 04:23 PM
Jln kt area tg belanja pun pnh nmpk 2 ekor kena langgar
Nk berenti tgk tp risau tu ank ghimau
Kot mak pak dia duk tgu je Sapa nk ambik

Quote prettyuglybabe 10-3-2023 05:02 PM
kasihannya dia..
dah la cantik..
Quote Decaffeinated 10-3-2023 07:54 PM
netizen mendakwa ia spesis harimau bintang atau cheetah.

bukan netizen namanya kalau tak bodoh. Sejak bila cheetah ada di malaya. Lepas ni apa pula, zirafah?
Quote hokeypokey 10-3-2023 08:14 PM
sian kucing tu..
Quote blue_blur 10-3-2023 08:34 PM
siannya oyen bintik......... kucing ke rimau ke, kalau dah lari lintas jalan tu taknak toleh tepi langsung.....
Quote cmf_premierleag 10-3-2023 09:11 PM
kalo sabak bernam ni mesti si yahudi sabak bernam tu yg langgar
ok done pitnah poremer lain
Quote isseliparjepun 10-3-2023 09:14 PM
Kat kebun arwah atuk iols selalu nampak kelibat dia ni. Tapi arwah atuk I kata tu rimau akar. Time orang nak gegar duku, time tu la dia meround.

Kesiannya cari makan di kawasan yang dah diteroka. Deme ni kalau melintas, menonong aje.
Quote vicheatjoe 10-3-2023 09:34 PM
vanillaninja replied at 10-3-2023 03:54 PM
Kucing batu ni boleh bela ke?

kalau nak bela, sediakanlah 100K untuk jantan dan 200K untuk betina dan maybe ada bonus penjara, anyway kucing hutan nie takkan jinak so bukanlah haiwan untuk dibelai, kalau bela dari kecil, maybe boleh jinak sikit ajee tapi siap sedialah sebab chances untuk hidup dalam 10-20% ajee, kalau bela yang dah besar sikit, memng takkan jinak. oh ya kucing hutan tak mengiau yeeeeeee.


Quote vicheatjoe 10-3-2023 09:35 PM
copy_paste replied at 10-3-2023 04:05 PM
haiwan yg dilindungi,xleh bela,kalau nk bela jugak kena ade lesen sah,

lesen memang x dikeluarkan oleh perhilitan untul kucing hutan melainkan tujuan penyelidikan

Quote lotusteratai 10-3-2023 09:58 PM
sygnya kucing batu susah nk jumpa
Quote clarizsa 10-3-2023 10:07 PM
Kesiannya , kalau yg baby diculik dijual
Yg besar pulak kena langgar
Manusia terlalu ramai smpai suatu masa nanti xde tempat dah utk haiwan2
Quote shernazz 10-3-2023 10:22 PM
vanillaninja replied at 10-3-2023 03:54 PM
Kucing batu ni boleh bela ke?

Nenek iols pernah bela sebab kucing tu cedera kena langgar..
Dok letak dalam sangkar je...
Tak boleh nak pegang sebab liar kan...
Bila dah tengok dia boleh jalan elok TU..nenek.iols.lepaskan.
Laju lari dia masuk ke ladang sawit..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062979 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top