CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebas Tangan Dan Jantung Berdegup Kencang, Lelaki Dakwa Terhidu Bau Kimia Dalam Bag Yang Dibawa Dari Taiwan

10-3-2023 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 974| Komen: 2

KAJANG – Seorang lelaki tempatan berdepan detik cemas apabila mengalami kebas tangan dan jantung berdegup kencang selepas mendakwa hidu bau kimia di dalam bag mengandungi fail dibawa dari Taiwan di sebuah rumah, di Kiara Plaza, Jalan Semenyih, di sini pagi tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 9.26 pagi tadi.

Katanya seramai 11 anggota lain-lain pangkat bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.

Foto: kosmo

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mengadu terdapat bau bahan kimia di dalam rumahnya dipercayai berpunca dari beg mengandungai fail dibawa balik dari Taiwan.

“Mangsa memaklumkan mengalami kebas tangan dan jantung berdegup kencang setelah bertindak memindahkan beg tersebut ke bahagian dapur.


“Mangsa seterusnya ke hospital dan telah mendapat rawatan di Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, Hasil pemeriksaan kesihatan mangsa kini dalam keadaan stabil dan tiada mempunyai sebarang penyakit menimpanya.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Shah Alam, tiada unsur-unsur bahan kimia dikesan di bahagian dapur dan persekitaran rumah tersebut.

“Hasil siasatan polis, mangsa mengalami kerisauan dan kecelaruan ketara dan mempuyai rekod rawatan di hospital, bahan didakwa mengandungi bahan kimia telah diambil dan dilupuskan, tiada bahan kimia ditemui,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-3-2023 04:35 PM
Dia rasa mcm ada bahan kimia je lah ek..
Adoi..kesian.plak
Quote tahanie 10-3-2023 08:56 PM
Panic attack ke

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.126590 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top