CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Zainul Asri Mohon Maaf Isu Masjid Bertukar Tokong

10-3-2023 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3208| Komen: 2

Susulan kenyataannya menerusi video kuliahnya di TikTok berhubung status sebuah masjid baru-baru ini, Ustaz Zainul Asri Mohd Romli tampil membuat permohonan maaf.

Kata Penceramah bebas itu, dia mengakui kenyataan berkenaan dibuat ketika kuliahnya di Surau Al-Huda, Alor Setar pada 14 Februari lalu menimbulkan kegusaran dan ketidaktenteraman dalam masyarakat. 



Harian Metro

"Sebenarnya kenyataan itu adalah didengari daripada orang tempatan.

"Saya kira ia tidak berkaitan dengan situasi semasa, mungkin ia (sebuah) sejarah lama namun tidak ada bukti dapat kita tampilkan bagi dijadikan bukti atau dokumen.

"Jadi saya memohon maaf kepada barisan Majlis Agama Islam di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan semua anggota masyarakat yang terjejas yang dibuat," katanya menerusi video di Aplikasi TikTok yang dipetik Harian Metro.

Zainul terdahulu mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang menjadi tempat ibadat orang bukan Islam selepas pemiliknya, seorang India Muslim pulang ke India.

Selain menafikan dakwaan itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menuntut permohonan maaf daripada Zainul berikutan kenyataannya yang dilihat boleh menimbulkan salah anggap dalam kalangan masyarakat dan mencetus perbalahan antara kaum dan agama di negeri ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-3-2023 01:18 PM
Bila ostard bermodalkn sembang² kedai kopi bg ceramah.
Quote cikatilia 11-3-2023 07:59 PM
mungkin tapi gaya ceramah berpung pamg yakin sgt dgn fakta dia..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.040465 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top