CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Individu Terima Padah- Mandulkan Kucing Tanpa Bius, Rakam Dan Upload Di Media Sosial

10-3-2023 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2515| Komen: 1

Seoul: Perbuatan kejam tiga warga Vietnam yang memandulkan kucing tanpa bius menerima padah apabila mereka didenda oleh Mahkamah Daerah Gwangju.

Mereka dikatakan merakam proses pemandulan haiwan terbabit, lapor The Korea Herald.


Bukan itu saja, rakaman video itu kemudian disiarkan secara dalam talian.


Gambar Hiasan

Menurut laporan, seorang daripada individu itu memandulkan seekor kucing jantan tanpa bius.

Dua lagi rakannya melihat proses berkenaan yang dilakukan di sebuah rumah di Gwangju, pada Januari tahun lalu.

Tiada seorang pun daripada individu terbabit adalah doktor haiwan berlesen.

Akibat perbuatan itu, Mahkamah Daerah Gwangju mendapati ketiga-tiga mereka bersalah kerana melanggar Akta Perlindungan Haiwan.

Mereka masing-masing didenda 2 juta won (kira-kira RM6,800), 1 juta won (kira-kira RM3,400) dan 700,000 won (kira-kira RM2,400).


Mahkamah berkata bahawa keputusan itu menggambarkan bahawa individu terbabit tidak melakukan perbuatan itu untuk tujuan penderaan haiwan.

Malah, kucing berkenaan juga berada dalam keadaan sihat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 10-3-2023 02:02 PM
Patut kembiri kan depa ni live feed sekali

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.532030 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top