CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular Semula- Penceramah Agama Fitnah Polis Tak Solat Jumaat, Bodoh Buat Perangkap Had Laju

10-3-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3569| Komen: 7

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penyebaran satu klip video berdurasi 55 saat yang kembali ditularkan melalui media sosial membabitkan seorang pendakwah di dalam satu ceramahnya.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, klip video tersebut memaparkan seorang penceramah agama mengeluarkan kenyataan menghina dan memfitnah warga PDRM.

Katanya, kenyataan tersebut dikeluarkan ketika menyampaikan ceramahnya dengan mendakwa polis tidak sembahyang Jumaat serta menggelarkan anggota polis sebagai ‘bodoh’ kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.


Foto: kosmo

“Semakan mendapati klip video berkenaan adalah rakaman pada tahun 2016.

“Penceramah terbabit telah dituduh di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) di mahkamah majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, Skandaguru mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsurkan fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi lanjut video berkenaan menerusi mana-mana platform media sosial.

“Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya. -CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 10-3-2023 11:39 AM
sape tue..dia ni ka??

Quote Normiang-Baru 10-3-2023 11:41 AM
Perwira??

Quote juboqhang 10-3-2023 01:46 PM
Quote pooh~key 11-3-2023 01:05 AM
Akak suka thread ni sebab thread ni menunjukkan islam agama yang teroris dan suka berkata-kata kesat dan judgy dekkk….

Ummah akan counter dengan ayat salahkan penganutnya, bukan salahkan agamanya segitu dek… namun, faktanya agama tak mampu merubah penganutnya membuatkan akak tersenyum sinis, lepas tu tersenyum girang terus dekkkk…

Quote rykall 11-3-2023 05:58 AM
pooh~key replied at 11-3-2023 01:05 AM
Akak suka thread ni sebab thread ni menunjukkan islam agama yang teroris dan suka berkata-kata kesat ...

Kalau setakat letak gambar profil Winnie The Pooh anda bacul dan pengecut. Letaklah gambar sendiri boleh juga dilaporkan pada SKMM dan ditularkan, biar polis cari anda di depan pintu. Buat kenyataan menghina Islam tapi sekadar berani di Cari Forum.
Quote otai_g 11-3-2023 06:30 AM
Tahun 2016 punya video. Knp x tular video tahun 90an je terus. Lg sng.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 1.250660 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top