CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hebat Anak Muda, Dapat RM400,000 Sebulan Tanam Sayur

10-3-2023 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6657| Komen: 35

GUA MUSANG – Bermula dengan berkebun di kawasan tanah terbiar di halaman rumah, seorang pemuda berjaya mengusahakan ladang sayur seluas 12 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini sejak tujuh tahun lalu.


Chung Chia Khang, 28, atau mesra dengan panggilan Ah Kai menanam lebih 100,000 tanaman seperti kubis, jagung, tomato, daun sup, daun bawang, ketumbar, lobak putih, kacang dan buah tembikai wangi.

Jelasnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu­nya, Suzie Chua, 57, telah mendaftar namanya untuk menyertai kursus pertanian anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).


Foto: Kosmo

Katanya, pada peringkat awal, dia hanya mengusahakan 1,000 polibeg lada solok di halaman rumahnya di Kampung Keroh, Kuala Krai dekat sini.

“Saya bermula secara kecil-kecilan dan bersyukur apabila mendapat bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) daripada Risda sebanyak RM10,000 untuk mengembangkan kawasan pertanian.


“Berkat kegigihan berbakti kepada tanah, memberikan pula­ngan lumayan sehingga RM400,000 dalam sebulan,” katanya ketika ditemui di ladang­nya di Tanah Tinggi Lojing di sini semalam.

Ah Kai menambah, sayur-sayuran yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi sememangnya berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi pulangan lumayan termasuklah untuk eksport ke negara luar.

Katanya, ketika ini, dia berjaya menuai hasil sayur-sayuran 40 hingga 70 tan sebulan.

“Harga pasaran sayur-sayuran untuk tahun ini baik apabila meningkat lebih 50 peratus berbanding setahun atau dua tahun lepas.

“Sayur-sayuran di ladang ini akan dihantar kepada pemborong di Kampung Raja, Cameron Highlands sebelum dieksport ke Singapura,” katanya.

Menurutnya, ketika ini juga sebanyak 40,000 kobis yang di­usahakan di tanah 1.2 hektar juga telah mengeluarkan hasil.

Katanya, dia berjaya ­menuai hasil kubis hampir satu tan setiap hari.

“Anak muda mempunyai ba­nyak peluang jika ada motivasi dalam diri kerana bidang pertanian kini adalah satu perniagaan dan kerjaya yang baik. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 10-3-2023 10:58 AM
Klu tak bgtau nama aku igt dia malay
Quote vanillaninja 10-3-2023 10:59 AM
Muka Melayu sungguh Chung Chia Khang ni.
Quote Simunggu 10-3-2023 11:00 AM
rajin berjasa pada tanah....tanah balas balik
Quote Kitty_catz 10-3-2023 11:02 AM
ye betul lah tu, mmg boleh buat dhuet pun, tp kena rajin la berkebun ni.. kut tangan asyik nak berjahit tipon, jgn kata tanam sayur, buat apa pun tak jadi

Quote ninja boy 10-3-2023 11:42 AM
1 org cina boleh handle kilang ladang famili taw,  sementara lelaki melayu ramai kudung kaki dan tangan
Quote batu kikir 10-3-2023 11:49 AM
Berbeza dengan pemuda Melayu yang ada ijazah Pengurusan dan Keusahawanan
Kerja cuci sampah, cuci najis je
Mohon kerja tak pernah dapat
Mengeluh kesah tak habis2

P/s Banyak tanah kosong dan terbiar di kampung2. Pergilah usaha. Sewa tanah yang tak berapa sen tu untuk tempoh 2-3 tahun. Tanam pisang, tanam jagung............income lebih dari pengurus Bank

Quote jas7512 10-3-2023 12:01 PM
Tulah i suggest pompuan melayu kahwin laki cina msia ke india msia yg baik dan blh diharap..dah lelaki melayu byk x guna..bila lelaki melayu ni xde org hirau..baru tahu kot nak majukan diri.  Satu lg rasanya biar lelaki2 ni pergi khidmat negara..biar jd orang
Quote sangbara2020 10-3-2023 12:08 PM
iolls nanam jugek...bru 8 polibag sawi
Quote mrseller 10-3-2023 12:18 PM
Sales 400k, brapa untung?
Quote asmurai 10-3-2023 12:27 PM
Edited by asmurai at 10-3-2023 12:42 PM

Lelaki Melayu sibuk nak jadi pakar mengkaji aurat perempuan dan apa orang lain buat kat dalam rumah  ja. Mana ada masa nak berkebun sayur semua ni.
Quote Thunderclouds 10-3-2023 01:41 PM
ninja boy replied at 10-3-2023 11:42 AM
1 org cina boleh handle kilang ladang famili taw,  sementara lelaki melayu ramai kudung kaki dan tan ...

Ouch..
Jantan sejati katanyeeehhhhhhh


Quote Thunderclouds 10-3-2023 01:48 PM
Kudosssss..
Jelesnya iolssss
Pokok kobis iols abes rompong walau bbungkus jaring
Quote koko2 10-3-2023 01:53 PM
gud to be true...
Quote putu 11-3-2023 05:44 AM
Iolss baru berjinak2 tanam sayur. Hrp2 tumbuh dgn jaya nya.
Quote acikhan 11-3-2023 07:01 AM
utk area rwg ke selayang ke sape tau supplier tebu...abah haku ade tanam tebu belakang umah, asalnyer saje tanam suka sbb tanah kosong pastu x sangka membesor dgn jayanyer... tebu kuning, nie tgh balik kg tgh tlg2 nebas kebun tebu Manis bak hang
Quote noor2 11-3-2023 07:23 AM
12 hektar.....luasnya....bestnya tanam sayur dan buah buahan...
Quote orkid_amani 11-3-2023 07:27 AM
acikhan replied at 11-3-2023 07:01 AM
utk area rwg ke selayang ke sape tau supplier tebu...abah haku ade tanam tebu belakang umah, asalnye ...

Mesin jadi ayaq tebu acik..nk dekat posa ni boleh juai..sedapnya ayaq tebu time berbuka
Quote blue_blur 11-3-2023 08:26 AM
bergambar la sekali dengan pekerja2 asing tu.. tanpa mereka, takkan mampu terjaga kebun secantik sebesar tu....

point utama, pastikan tiada masalah pekerja, dan, mesti masuk market antarabangsa... jangan harap sangat jualan tepi jalan atau peraih penindas local..
Quote DARSITA 11-3-2023 10:06 AM
ninja boy replied at 9-3-2023 07:42 PM
1 org cina boleh handle kilang ladang famili taw,  sementara lelaki melayu ramai kudung kaki dan tan ...


Macam di area Bentong dan Karak - Melayu bagi sewa tanah pada cina. Atas alasan tanah dia orang payah tak ada sumber air. Tanah lereng bkt payah nak menapak, tak ada kenderaan etc. Dapat kat Cina elok aja tanam durian. No water no problemo - dia orang letak tong drum di setiap pokok, bila hujan air takungan digunakan utk siram anak anak pokok. Melayu dpt bantuan baja dari Risda (kot) Melayu PUN jual pd cina.

Bijak Melayu lain bijak cina lain ~


Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.679529 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top