CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Yassin Didakwa Terima Suapan RM232.5 Juta, Ubah Wang Haram RM195 Juta

10-3-2023 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6288| Komen: 36

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta tiga tahun lalu.


Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dengan enam pertuduhan hari ini sekaligus menjadikan Muhyiddin yang popular digelar ‘abah’ itu merupakan bekas Perdana Menteri kedua didakwa di mahkamah selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.


Foto: Kosmo

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 Juta yang kesemuanya berjumlah RM232.5 juta.


Ia yang mana kesemua suapan-suapan itu diterima daripada tiga buah syarikat dan seorang individu.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Bagi empat pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen tersebut memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kelima dan keenam Muhyiddin didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai presiden parti Bersatu telah menerima hasil daripada aktiviti haram masing-masing RM120 juta dan RM75 juta daripada sebuah yayasan yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara Kuala Lumpur di sini antara 25 Februari 2021 hingga 8 Julai 2022.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti
Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhyiddin diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tarikh 26 Mei ini ditetapkan sebutan semula kes.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili antaranya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan, Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib manakala Muhyiddin diwakili peguam-peguam antaranya Datuk K. Kumaraendran dan Rosli Dahlan.

Semasa prosiding turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Semalam bekas Perdana Menteri kelapan itu hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi rakaman percakapan untuk melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 10-3-2023 10:20 AM
Tragik betol nasib negara Malaysia akhir-akhir ini ... majority PM dan menteri terkena case  rasuah atau korupsi wang haram ... ternyata kepahaman islam dan taat beribadah X menjadikan mereka menjadi orang atau pemimpin bangsa melayu yang baik dan patot  dicontoh sama sekali ...
Quote ernniey 10-3-2023 10:27 AM
Memalukan!!!dr semalam lg media antarabangsa dah report psl ni. National embarassment. Islam pulak tu.  
Quote ifanonline 10-3-2023 10:33 AM
sesiapa sahaja bekas umno ni memang kaki rasuah
Quote limesherbet 10-3-2023 10:36 AM
Quote TOPwind 10-3-2023 10:38 AM
DAP  MCA yg perasuah tepok tangan
Quote stingergrumpy 10-3-2023 10:39 AM
Apa betul kewww didalam dewan tadi setelah pertuduhan dibacakheun dan bila abahcow berucap tidak bersalah dan minta dibicarakheun...dia sempat beri this parting short pada hakim?

[youtube]ZtfTUQ_xRUU[/youtube]

Apa betul kewww?
Quote Farnor 10-3-2023 10:41 AM
Weina biar betul. Baru setahun lebih jd menteri masa lockdown konon ada kes begni..
Quote 3chanceno 10-3-2023 10:43 AM
Aman2 balik rumah lepas bayar ikat jamin 2juta duit simpan dlm bilik pun tak luak  lepas bayar ikat jamin  tunggu kalau ada yg bukak buku pasal duit juta2 simpan dlm bilik cam yg najibun pernah expose
Quote rikiruj 10-3-2023 12:07 PM
Dah jadi macam kebanyakan PM & Presiden asean countries sebelum2 ni.. yang naik akan sailang yg sebelum.. aku rasa PM terakhir yg dapat Tun is TDM.. yang lain2 macam takde peluang. Tak tau lah nasib PMX ni kalau dia dapat pencen gracefully atau kena tendang gak.. tapi aku rasa TSMY pun dah boleh baca.. mungkin PH sekadar boleh nak dakwa tapi sabit belum tentu.. DSN tu silap dia sebab dia over konfiden sampai tak tutup trail dia betul2..
Quote ayukpingu 10-3-2023 02:07 PM
cepat diaorg buat keje dan buat pertuduhan kan? harap kes TPM pun cepat2 la settle...ni tunggu April baru naik court lagi
Quote MarryPottet 10-3-2023 02:21 PM
nusaraya replied at 10-3-2023 10:20 AM
Tragik betol nasib negara Malaysia akhir-akhir ini ... majority PM dan menteri terkena case  rasuah  ...


Perlu diingat, kesemua mereka berdarah keturunan INDON, diulang, INDON!
Titik!
Quote Solero 10-3-2023 02:27 PM
Kaya btoi dia ni. Ikat jamin 2 juta.. mn mai duit tu???
Quote Kitty_catz 10-3-2023 02:30 PM
ada ke set2 ni yg bebas rasuah chuols?

tunggu sapa kat atas tu je and boleh guna macc

2x5, 5x babi je semerr


haku just nak taw, jemin di mana?
Quote nw111 10-3-2023 03:06 PM
rikiruj replied at 10-3-2023 12:07 PM
Dah jadi macam kebanyakan PM & Presiden asean countries sebelum2 ni.. yang naik akan sailang yg sebe ...

Pak lah dapat tun
Quote tompie 10-3-2023 03:09 PM
In general, semua politician mmg tak boleh pakai.
Mostly nak pangkat dan access to kekayaan aje
Quote cmf_PariS 10-3-2023 03:16 PM
tompie replied at 10-3-2023 03:09 PM
In general, semua politician mmg tak boleh pakai.
Mostly nak pangkat dan access to kekayaan aje

agree! mana ada yg bersih pun heh
Quote rbmy 10-3-2023 03:16 PM
betul ke ni..
yg TPM osrang tu apsal mcm lambat jeee kes berjalan
Quote plywood 10-3-2023 03:21 PM
stingergrumpy replied at 10-3-2023 10:39 AM
Apa betul kewww didalam dewan tadi setelah pertuduhan dibacakheun dan bila abahcow berucap tidak ber ...

cantik ogy masa muda

Quote totokreturn. 10-3-2023 03:37 PM
ramai lah nanti dekat akhirat datang melutut dekat abah din, kesalahan dia belum dibuktikan lagi


yg benar
penyokong tegar bersatu

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.328151 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top