CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degil Tak Hirau Amaran, Tangan Kiri Wanita Berbikini Putus Diserang Jerung

10-3-2023 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3754| Komen: 0

Seorang gadis putus lengan kiri selepas diserang oleh seekor jerung di Pantai Piedade di bandar Jaboatao dos Guararapes, Brazil, pada Isnin.

Dalam kejadian itu, Kaylane Timoteo Freitas berjaya ditarik ke kawasan darat oleh orang ramai selepas dia diserang haiwan berkenaan.


Foto memaparkan gadis berbikini yang berlumuran darah itu turut tersebar di media sosial.


Foto: Daily Star

Kaylane dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan, menyebabkan sebahagian lengan kirinya dibuang.

Dia juga mengalami kecederaan pada bahagian perut dan kaki, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian serangan jerung yang pertama di lokasi itu.

Sehari sebelum kejadian menimpa Kaylane, seorang individu putus kaki akibat diserang jerung di lokasi sama.

Pakar psikologi Andrea Caribe berkata dia bingung apabila orang ramai masih tidak serik biarpun berlaku banyak kejadian mengerikan di lokasi tersebut.


Malah, aktiviti berenang telah diharamkan di Pantai Piedade sejak 2021 kerana kes serangan jerung yang kerap berlaku. -CARI

Sumber: Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.097356 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top