CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Ex-Boyfriend Tengah Tidur Sampai 19 Kali- Wanita Bagi Alasan Tak Sedar, Ingatkan Bermimpi

10-3-2023 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3602| Komen: 0

Seorang wanita menikam bekas teman lelakinya yang sedang tidur sebanyak 19 kali dan mendakwa dia "bermimpi" ketika melakukan serangan itu.

Morgan Lund, 21, dari Wisconsin, mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Isnin dan menyatakan bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan mental.


Ketika kejadian, polis bergegas ke kediaman mereka di bandar Oshkosh dan mendapati Morgan dipenuhi darah bekas teman lelakinya.


Mogan, Foto: Daily Star

Dokumen mahkamah menyatakan: "Morgan mempunyai ingatan yang terganggu tentang sesuatu yang mungkin mimpi, atau imaginasinya, tetapi dia fikir (mangsa) menjerit kepada anak perempuan mereka."

Menurut Morgan, dia melihat sosok bukan manusia yang gelap sedang menyerang bekas teman lelakinya.

Tambahnya, dia sudah melihat sosok misteri yang dikatakan sebagai halusinasi itu selama enam bulan.

Sebagai reaksi, Morgan "cuba membunuh" makhluk misteri itu.

Dakwa Morgan, dia tidak sedar makhluk yang ditikam olehnya menggunakan gunting adalah bekas teman lelakinya yang sedang tidur.

Mangsa yang cedera berjaya diselamatkan manakala Morgan diperintahkan untuk menjalani penilaian psikiatri dan kini ditahan atas pertuduhan cubaan membunuh dengan sengaja tahap pertama. - Daily Star. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.122729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top