Aisha Retno berlapang dada apabila karier muziknya dikatakan ‘lambat panas’ meskipun dikurniakan bakat seni yang besar. Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, kerjaya seninya berjalan seperti biasa biarpun tidak semegah panyanyi-penyanyi lain.
Katanya, dia percaya kepada rezeki dan menjadikan Aina Abdul sebagai antara inspirasinya untuk terus mewarnai persada seni tanah air. “Saya selalu berpegang kepada konsep ‘go with the flow’. Apa yang berlaku, pasti akan berlaku dan jangan berhenti buat muzik. Sentiasa bersyukur. “Macam apa yang jadi kepada Aina Abdul dan pemuzik-pemuzik lain. Betul, kejayaan itu akan mengambil masa. “Saya percaya, kalau kita buang sifat negatif dan selalu pandang ke hadapan, insya-Allah rezeki itu akan datang,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
KamikuP replied at 10-3-2023 09:52 AM
Nama pun tak komersil dekk seakan2 nama Shila Amzah dulu-2 - Sheila Tekno.. ekekekek
ADVERTISEMENT