View: 6032|Reply: 12
|
Nama Aisha Retno Lambat Panas, Jadikan Aina Abdul Sebagai Idola
[Copy link]
|
|
Aisha Retno berlapang dada apabila karier muziknya dikatakan ‘lambat panas’ meskipun dikurniakan bakat seni yang besar.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, kerjaya seninya berjalan seperti biasa biarpun tidak semegah panyanyi-penyanyi lain.
Katanya, dia percaya kepada rezeki dan menjadikan Aina Abdul sebagai antara inspirasinya untuk terus mewarnai persada seni tanah air.
Foto: IG
“Saya selalu berpegang kepada konsep ‘go with the flow’. Apa yang berlaku, pasti akan berlaku dan jangan berhenti buat muzik. Sentiasa bersyukur.
“Macam apa yang jadi kepada Aina Abdul dan pemuzik-pemuzik lain. Betul, kejayaan itu akan mengambil masa.
“Saya percaya, kalau kita buang sifat negatif dan selalu pandang ke hadapan, insya-Allah rezeki itu akan datang,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, mengulas tentang kolaborasi bersama Aziz dalam single Jarak, Aisha memaklumkan, mereka sudah lama berkenalan dan tidak menolak akan timbul gosip percintaan selepas lagu berkenaan dilancarkan kepada umum.
“Kami bersedia untuk hadapi apa sahaja yang akan datang dan terima perkara tersebut (gosip bercinta) secara profesional sebagai salah satu motivasi kerjaya kami.
“Peminat sekarang sangat menyokong dan takkan komen yang tidak baik serta memandang gosip hanya sekadar gosip.
“Saya berharap kerjasama ini tidak terhenti di sini sahaja sebaliknya akan ada projek kolaborasi antara kami lagi selepas ini,” kata Aisha yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya (UM). – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eely_shana at 9-3-2023 09:00 PM
Macam ada berlakon dgn nazim kat astro citra. Cerita seram ke apa ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aina nyanyi sedap. Engko tu vokal macam tahap karaoke ja |
|
|
|
|
|
|
|
maybe sb dia dpt lagu agak klasik dan tradisional kot.. dia dan daniel chuer tu nyanyi sedap kot Patut astro ketengahkan lg bakakt² mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun tak komersil dekk seakan2 nama Shila Amzah dulu-2 - Sheila Tekno.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
Aisha Retno adalah penyanyi kegemaran saya. Saya suka semua lagu dia. io games |
|
|
|
|
|
|
|
time dkt bigstage dulu sheols menyerlah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Aisha kurangkan post gambar kepala terteleng2 merasa tu best angle sheols.. Mungkin masyarakat akan lebih suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nama dalam IC nak buat cemana haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols suara dia bukan suara yang digemari pasaran Malaysia. Org Malaysia kurang gemar suara R&B yang byk riffs and runs. Dayang pun lepas dia nyanyi pop balada barulah masyarakat boleh terima |
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia ni ala2 urban rnb gituhh... mmg susah la nak tembus pasaran acik2 leman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dekmieDandy at 13-3-2023 10:41 AM
tapi kalau tengok spotify liistener dia, lagi tinggi jauh tinggalkan aina
cuma kat local radio jarang main lagu dia, event besar pun ramai panggil aina dari dia, tu mungkin maksud dia lambat panas kot |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap2 je lagu dia ni.. Yg jd ost drama takdir yang tertulis tu pun sedap jgk.. Belum rezeki lg tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|