CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budaya Menegur Kesalahan, Bukan Hanya Tugas Ustaz!

29-9-2015 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7849| Komen: 25

Oleh Adib Za

Budaya menegur, beranikah anda memulakannya? Atau andalah jaguh menegur kesalahan orang lain?

Memang yang menerimanya agak perit, namun budaya menegur seharusnya diterapkan dalam masyarakat, termasuklah dalam semua lapisan atau institusi masyarakat.



Seperti dalam hubungan bersahabat, menegur adalah salah satu cara memberi nasihat agar si dia tidak terus menerus melakukan kesalahan.

Begitu juga dengan situasi yang lebih besar, menegur ahli masyarakat yang melakukan perkara yang tidak betul, seperti menyeksa haiwan, membuli kanak-kanak, melakukan maksiat dan sebagainya. Persoalannya, sanggupkah anda melakukan teguran itu?

Oleh yang demikian, budaya menegur ini sepertinya boleh disimpulkan masih belum sebati dalam masyarakat. Khususnya masyarakat Malaysia. Setuju?


Ya, rakyat Malaysia terkenal dengan sifat peramah, sopan santun dan sangat pemurah. Namun, satu lagi sifat yang harus diterapkan ialah budaya menegur.

Tambahan pula zaman teknologi ini membolehkan seseorang itu lebih mudah untuk menegur. Gunakan platform seperti Facebook, Twitter atau Instagram untuk menyebarkan maklumat dan mesej positif.


Ia merupakan salah satu cara menegur yang sangat baik. Sama ada individu terbabit mahu menerimanya atau tidak, sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggungjawab kepada sosial, benar?

Yang penting, cara kita menyampaikan mesej itu. Niat dan kehendak baik ini seharusnya disampaikan penuh berhikmah, seperti mana ajaran dalam Islam. 

Cara beradab dan berhikmah adalah yang terbaik. Lakukan teguran dengan cara lembut, unik dan akhirnya ia akan terkesan di hati mereka. Ingat, budaya menegur bukan tertakluk hanya pada ustaz dan ustazah. Dengan teguran ini, maka semuanya bakal menjadi lebih indah dan bahagia. Setuju? - CARI Infonet
8

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 30-9-2015 10:29 AM
budaya menegur dalam pekerjaan pun seharusnya ada dan dilakukan dgn profesional bukan tengking2 dan maki hamun...benci bos yg mcm ni..
Quote mbaksusi 7-10-2015 09:41 AM
ramai yg tak blh ditegur..sentap jdnya
Quote ethausia 19-7-2016 07:15 AM
Kena berfikiran positif le bila ditegur..kalo tak mmg susah nak berubah..sbb biasanya teguran untuk kebaikan bkn untuk menjatuhkan...
Quote gayahgedik 10-8-2016 03:40 PM
tapi masalahnya, yg gemar menegur dosa artis2 kat instagram tu semuanya berunsur hinaan. walaupun kadang tu disebalik ayat yg baik, tetap ada unsur "aku lagi baik dari kau, kau akan masuk neraka".
Quote Clover_Hill 10-8-2016 08:45 PM
Pernah tertegur seseorang dalam porum nih.
Aku tak niat nak tegur dia pun sebenarnya.kebetulan aku baru lepas tengok cerita pompeii pasal kisah manusia yang ditimpa bala disebabkan suka melakukan maksiat, so aku ulaslah skit pasal cerita tu.
Tetiba ada yang tersentap. Ai like..uh??

Rupanya member baru lepas meluah rasa baru balik bercuti dengan boypren kat oversea...

Dan dan cop aku hipokrit.
Kenal aku pun tak, tup tup sesedap rasa nak melabel

Terasa, dan termalu sendiri.
Dah sendiri dedah aib diri, orang mengulas cerita pun nak terasa orang tuju ke kita.

But at least tugas aku nak menegur tu indirectly terlangsai..walau sebenarnya takde niat pun...
Quote harithzakuan 18-4-2017 08:16 AM
Susah sikit..ckp2 lebih nanti
Quote harithzakuan 18-4-2017 08:17 AM
Ditebik balik..kubur msg2 katanya
Quote AceHand 19-4-2017 02:30 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sekarang ni aku dok pikir gak... Patot aku tegor dulu ka atau terus jer bagi zas -98... Heh! Heh! Heh!



Jizzz... Klong! Klong!
Quote cheergirlz 20-4-2017 02:29 PM
betol..tegur tak salah..tapi biar kna tempatnyer..scr berhemah..klu x dgr jgk..x tahu lah...nasihat dh diberi..x jln jgk..
Quote cheergirlz 20-4-2017 02:34 PM
Clover_Hill replied at 10-8-2016 08:45 PM
Pernah tertegur seseorang dalam porum nih.
Aku tak niat nak tegur dia pun sebenarnya.kebetulan aku  ...

alahaaai sndri y mgundang utk dpt nasihat ...pastu slh fhm dgn ape y org nk share..errmm... kaka just nk share ape y kaka tahu kan...biar jer...at least porumer lain dpt info jgk ape y kaka share...
Quote nia999 3-5-2017 02:50 PM
nk tgur kene dgn cara yg berhemah..
Quote keren 3-5-2017 06:17 PM
Menegur kesalahan bukan budaya kite
Quote AceHand 7-5-2017 02:35 AM
seramado replied at 30-9-2015 10:29 AM
budaya menegur dalam pekerjaan pun seharusnya ada dan dilakukan dgn profesional bukan tengking2 dan  ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Baru lepas kena marah boss ke ni...? Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!
Quote Heydidle 8-5-2017 03:00 PM
Baik lah ustazzz
Quote AceHand 12-5-2017 01:42 AM

[AceHand SPECTaceLAR]

Ustazah...?


Jizzz... Klong! Klong!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.103524 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top