CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langsung Tak Balik Modal, Nelayan Hanya Dapat Jana RM40 Je Sehari

9-3-2023 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2705| Komen: 4

KANGAR – Para nelayan di sekitar perairan Kuala Sungai Baru di sini mengeluh selepas mendapati hasil tangkapan mereka merosot hampir 100 peratus berbanding sebelum ini.

Keadaan itu dipercayai di­sebabkan pertukaran musim MonsunTimur Laut.


Seorang nelayan pesisir pantai, Abdul Hamid Mokhtar, 57, berkata, sebelum ini nelayan mampu mendaratkan sehingga hampir satu tan tangkapan ikan setiap hari.


Foto: Kosmo

Disebabkan itu katanya, kini mereka hanya memperoleh hasil tangkapan sekitar 50 kilogram (kg) dan ini menyebabkan nelayan hanya mendapat RM40 sehari dan kadangkala modal untuk membayar bahan bakar pun tidak lepas.

“Disebabkan perubahan musim angin timur, hasil ikan yang ditangkap berkurangan dan pendapatan nelayan terjejas te­ruk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan pendaratan ikan Kuala Sungai Baru dekat sini semalam.

Kata Abdul Hamid yang be­kerja sebagai nelayan selama le­bih 40 tahun itu ketiadaan bekalan ikan turut menyebabkan harga sumber protein itu melambung tinggi.

Sementara itu, seorang pembantu peraih, Hamzah Ahmad, 63, berkata, keadaan itu berlaku dalam tempoh seminggu ini dan semakin ketara dalam dua tiga hari lepas.

“Memang kebanyakan nelayan hanya mendaratkan ikan dengan purata sekitar 50kg sahaja dan ini menyebabkan bekalan tidak mencukupi.

“Jika dahulu, ketika ikan ba­nyak, harga tolak sesetengah jenis ikan kepada peraih sekitar RM3 hingga RM4 sekilogram.

“Kini harga tolak kepada pe­raih sahaja mencecah RM10 dan ia dijual lebih tinggi di pasaran runcit.

Tambahnya, keadaan bertambah buruk dengan pencerobohan nelayan dari Kedah dan Thailand yang menangkap siput retak seribu yang diharamkan di Perlis.

Ujarnya. kaedah tangkapan menangkul siput itu menjejaskan ekosistem seperti tanah di dasar laut menjadi masam sehingga merosakkan habitat anak ikan dan hidupan marin lain. -CARI
S
umber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 9-3-2023 10:31 AM
LKIM tu apa fungsi nya ya? Penuh dgn nenek² menopos je ke? Yg keje nye pi surau berborak sejam tepek mekap, pukul 4 balik.

Quote Burong_Hantuk 9-3-2023 10:40 AM
RM40???? x balik modal
Quote Orix 9-3-2023 10:40 AM
habistu nak salahkan siapa ? kehidupan di laut kerna mereka tidak menyerah diri untuk ditangkap ???
Quote ninja boy 9-3-2023 10:44 AM
Edited by ninja boy at 9-3-2023 10:51 AM

Ikan semakin susut di asean dan dunia, negara lain ada siar documentary ttg masalah ikan mknn pertanian perang timbunan sampah sumber air sumber elektrik. Malaysia hanya tayang food viral travel drama sampah lawak sampah aktiviti mengkayakan artis. Ikan2 patut diternak sangkar di lautan, ribut angin kencang hujan panas terik x menentu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.033878 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top