CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Sangat Persaingan, Kerja Bawa Teksi Kini Dapat RM20 Je

9-3-2023 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4035| Komen: 30

KLUANG – Pekerjaan pemandu teksi diibaratkan peminta sedekah apabila hanya mampu memperolehi pendapatan kurang RM50 sehari akibat terlalu banyak saingan.

Keadaan ini berlaku apabila terpaksa bersaing dengan sistem pengangkutan e-hailing di samping penyediaan perkhidmatan bas percuma dan yang paling teruk adalah daripada prebet sapu atau teksi haram.


Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalil berkata, kira-kira 220 ahli persatuan itu boleh dikatakan memperolehi pendapatan ‘kais pagi makan pagi’ setiap kali keluar mencari penumpang.


Foto: Awani

Kata beliau, walaupun pihaknya meningkatkan sistem perkhidmatan dengan menerima panggilan daripada penumpang di sekitar bandar Kluang ini namun tidak mampu meraih pendapatan lumayan seperti sebelum 2020.

“Ada pemandu teksi hanya memperolehi sekitar RM20 sahaja untuk bekerja separuh hari dan jumlah itu belum ditolak kos penggunaan minyak.


“Keadaan ini menyebabkan ramai pemandu teksi terpaksa membuat dua pekerjaan walaupun sebahagian daripada mereka sudah berusia lebih setengah abad,” katanya selepas Mesyuarat

Agung Tahunan Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang di Balai Raya Kampung Melayu, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mustakim turut terkilan apabila persatuan pemandu teksi seluruh ­negara tidak menerima apa-apa manfaat daripada belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ujarnya, jika sebelum ini, setiap pembentangan belanjawan pasti akan menerima tempias atau bantuan daripada kerajaan pusat walaupun sedikit.

“Oleh yang demikian, kami amat berharap agar kerajaan dapat menyelami kepayahan golongan pemandu teksi pada masa ini, bukan hanya terpaksa berhadapan kos sara hidup semakin tinggi namun turut menghadapi masalah kekura­ngan penumpang,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 9-3-2023 10:00 AM
teringat zaman naik teksi, meter nya hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote prince_marhaen 9-3-2023 10:08 AM
habis tu meter pun laju mencanak naik...kita tak tahu nak assume berapa charge akhir kena tiaw... guna ehailing grab or AA ride kita dah boleh plan siap2 berapa kena bayar.. and lebih murah..and kereta lebih selesa... contoh meols each time balik outstation drpd putrajaya sentral nak balik rumah, naik grab dalam rm5-6, midnight rm8-10.... tapi kalau naik teksi rm15 ke atas ye tak kira siang ke malam ke... masuk2 teksi je dah charge rm3... neves tunggu meter last tu berapa hengget... pastu meols pernah bitter ye, masa balik kmpg naik bas, sampai sentral tgh malam, kmpg meols takde / tak banyak grab, pastu meols langsung takde cash, memang jarang bawa cash klu travel sbb dah pernah kena samun.. tanya pakcik teksi boleh tak saya bayar bankin transfer...dia halau ye depan-depan kawan-kawan dia...dia kata takde duit jangan amik teksi..memang sial ye aku harap kau melingkop dengan teksi buruk kau tu..!!!!
Quote krustykrab 9-3-2023 10:13 AM
prince_marhaen replied at 9-3-2023 10:08 AM
habis tu meter pun laju mencanak naik...kita tak tahu nak assume berapa charge akhir kena tiaw... gu ...

Termakbul doa chuols itu.
Tp kan kesian mmg la kesian tp sikap diorg jgk masa tgh mendunia asyik aniaya pelanggan.

Same goes to kerjaya lain jgk except keje gomen la ye.

Masa korg tgh mendunia kemain buat org mcm sampah. As if kalau korg takde, org lain susah. Ni kalau tuhan bg kerjaya masing² ke atas balik, harapnya generasi yg berkerjaya serupa tu ingat la balik "hidup ni umpama roda".
Quote Weller 9-3-2023 10:21 AM
pakcik teksi yang baik, aku kesian. berapa kerat je yang jumpa.


pakcik teksi lahanat, padan muka.


boleh?
Quote redz85 9-3-2023 10:27 AM
teksi suka suka nak charge rm36, aku tengok  grab rm15..

bagus lah melingkup
Quote midori888 9-3-2023 10:27 AM
Edited by midori888 at 9-3-2023 10:28 AM

Kalu teksi kat KL nie diorg byk tunggu kat station LRT/MRT utk htr org yg dari LRT/MRT ke kawasan perumahan berdekatan, salah satu sebab tak perlu adap traffic jammed. Perjalanan pun 5-10 mins jer. Bole buat byk trip kalu rajin. Bukan semua org rajin nak tunggu feeder bus, lagi satu org2 yg bawa barang or bdk2 lebih suka naik taxi.

Quote sagiman91 9-3-2023 10:28 AM
Kak Mah masih lagi CEO Grab Malaysia ke?
Quote prince_marhaen 9-3-2023 10:29 AM
krustykrab replied at 9-3-2023 10:13 AM
Termakbul doa chuols itu.
Tp kan kesian mmg la kesian tp sikap diorg jgk masa tgh mendunia asyik a ...

YE...dulu diorg hina-hina pemandu Grab & ehailing lain..siap ugut, halau... skrg kau rasa lah susah cari passanger macamana.. orang lain passanger cari diorang... meols memang ban habis..biarlah meols tumpang keta siapa-siapa kalau dah takde grab sangat...sanggup malukan muka tanya siapa2 free kalau takde grab.. bayar lebih pun takpe...but not amik teksi.. gittewww meols dendam


Quote ifanonline 9-3-2023 10:30 AM
padan muka aje geng2 taxi ni...dulu bukan main sembelih pengguna...rasa kan keperitan hidup....ini semua karma
Quote krustykrab 9-3-2023 10:33 AM
prince_marhaen replied at 9-3-2023 10:29 AM
YE...dulu diorg hina-hina pemandu Grab & ehailing lain..siap ugut, halau... skrg kau rasa lah susa ...

Drebar grab pun mana yg kerek² tu harap ambik pengajaran la dr atok² teksi ni.
Quote pokokmeranti 9-3-2023 10:38 AM
teksi nie mmg dulu suka ambil kesempatan. pernah kena dgn kawan nak balik kolej. laluan sama tapi dua org kena bayar. contohnya aku kn bayar rm10 member rm15 sbb kolej kat depan sikit. ibaratnya untuk rm25 utk laluan sehala. kena waktu petang sbb bas dah xde kena sembelih sampai rm50...naik bas x sampai 2 hinggit je. dah la teksi buruk, air cond rosak
Quote Burong_Hantuk 9-3-2023 10:41 AM
banyak teksi2 yg ada skrg dh buruk,,,
Quote redr0se 9-3-2023 11:31 AM
Sebab ramai pemandu teksi tidak menggunakan meter dulu, dan lagi 1 mereka kadangkala biadap. bukan semua ye. saya pun pernah kena, dia xnak guna meter, masa tu hujan lagi jadi no choice terpaksa naik juga..
Quote theSTRANGER 9-3-2023 01:35 PM
iols penah ya tengok kimks pakcik teksi sepak penumpang sebab tak naik teksi dia.. penumpang tu pi naik teksi lain lepas tanya harga.. hanjjjjj.. iols fobia lepas tuuuuuu
Quote _blackbird 9-3-2023 01:50 PM
prince_marhaen replied at 9-3-2023 02:29 AM
YE...dulu diorg hina-hina pemandu Grab & ehailing lain..siap ugut, halau... skrg kau rasa lah susa ...

aku pon masa zaman kolej naik teksi sudah la dia tunggu penuh 4 org baru nak jalan tapi dia charge RM10/ kepala. pekan dengan kolej aku mmg takda bus sampai kolej, kalau ada pon sejam sekali pastu dia berenti kat main road je, kena la lagi jalan 500m mcm tu sunyi jalan nya. padahal kan. kalau naik sorg pon bayar RM10 juga.
dulu2 driver teksi mmg pembuli & suka aniaya org. la ni, kebanyakkan taxi driver yg ok dah adapt ke grab & seangkatan pon, ok je follow price app. yg mash komplen rasanya jenis yg suka aniaya org lettew sebab tu skang dia bitter rasa diri dia pula dianiaya
Quote gangerina 9-3-2023 02:22 PM
Founder grab aman2 jah pindah SG anak beranak sambil kira duit menari2 ke bank....kena saman pun dia buat dono jahhhh....meanwhile in Malaysia sini semua buat promosi utk grab to sesen pun tak dptduit marketing
Quote reenz013 9-3-2023 02:30 PM
la ni grab lg mahal...aku rela naik taxi
Quote sangbara2020 9-3-2023 02:49 PM
entah lah
rezeki maisng2 kan
Quote KamikuP 9-3-2023 03:06 PM
Teksi skrg meolls tengok bawak pun slow sbb yg tukang bawak pun dah berumur.
Cuma Fake Taxi je yg laju.. ekekek

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.109632 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top