Gagal melunaskan bayaran kandungan drama yang telah disiarkan sebanyak RM704,000, produser Datuk Ayu Puteh menuntut hutang tersebut dibayar segera daripada sebuah stesen televisyen swasta.
Menurut Ayu atau Normashayu Puteh, 47, pemilik Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., drama bersiri berjudul Di Sebalik Dia itu telah bersiaran pada September tahun lalu, namun sehingga kini pihaknya masih tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan. Malah, pihaknya juga telah memberikan invois bagi menuntut bayaran selepas lima bulan tayangan namun tiada respons positif dari stesen berkenaan. "Kami ada menghantar invois pada Januari lalu tetapi pihak stesen TV masih lagi tidak memberi respons. "Kita hantar lima invois yang berjumlah RM704,000. Mengikut perjanjian, bayaran akan dibuat dalam tempoh 90 hari, tetapi apabila pihak kami menghantar invois, mereka diam pula," katanya ketika dihubungi mStar.
Apa yang lebih mengecewakan, bayaran tidak dilunaskan sebaliknya pihak produksi pula menerima notis penamatan kontrak serta tuntutan sebanyak RM162,192,000 dengan alasan lewat menyerahkan bahan. "Pihak produksi menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui e-mel pada 9 Januari 2023 sedangkan surat tersebut bertarikh 24 November 2022 (backdated). "Lagi mengejutkan kami menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran berjumlah RM162 juta. Bukannya mereka fikir nak bayar hutang, tapi buat pula tuntutan tak masuk akal secara tiba-tiba," ujarnya. Kata Ayu, drama berkenaan sepatutnya dihasilkan sebanyak 28 episod namun dipadatkan kandungan dan jalan ceritanya menjadi 26 episod bagi menjaga kualiti kandunga. Ia telah disiarkan sehingga tamat tanpa sebarang masalah dan bantahan dari stesen televisyen itu. Justeru itu kata Ayu, pihak stesen itu tidak sepatutnya melewatkan soal pembayaran kerana mereka sudah menyelesaikan tugas diberikan. "Janganlah macam tu kenapa tak mahu bayar hasil kerja saya. Semua kandungan episod telah diluluskan oleh stesen TV berkenaan. Dah tayang pun secara keseluruhannya, Tak ada episod yang tergantung pun. "Saya buat kerja industri ini ikhlas walaupun untungnya 10 peratus sahaja. Ini minat saya. Saya bukan orang kaya, hanya penerbit filem dan drama saja," katanya. Jelas Ayu, bukan beliau seorang sahaja yang berhadapan masalah berkenaan malah produser lain juga turut merungut tidak mendapat bayaran selepas karya mereka disiarkan stesen berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
Pak.dolla replied at 9-3-2023 02:06 PM
Kalu betoi stesen tb tu...aku rs nk padankan muka jg sbb suka nau amik si buah masam tu keluar kat t ...
anak_minang replied at 9-3-2023 02:15 PM
Sapo pulak si buah masam ni?
MistrezHermanaz replied at 9-3-2023 04:59 PM
alamak sapa pulak ni
sleepandream replied at 9-3-2023 12:06 PM
dah google, kompem osem tv...
ada 28 episod... 1 episod bajet dalam 25k... tu pun kalau takde deposi ...
LadyCarefree replied at 9-3-2023 08:11 PM
Oooo. Bukan ke dulu si ehsi gelang tu masa buka stesen radio pun ada masalah bayar gaji? Pastu ada ...
rayna_raynes replied at 9-3-2023 07:13 PM
ac dah lama quit osem tv, tahun 2020 lg. skrg dia buat SUKE TV
ADVERTISEMENT