CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pemalas Nak Pulangkan Troli, Selamba Letak Depan Kereta Orang

8-3-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10142| Komen: 57

SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita dengan selamba meletakkan troli di hadapan sebuah kereta yang di dalamnya ada pemandu dalam kejadian sebuah pasar raya sekitar Lembah Klang, baru-baru ini mengundang kecaman di media sosial.


Perangai lapuk malas masyarakat itu tular menerusi video berdurasi 27 saat memaparkan perbuatan itu yang jelas menggangu pengguna lain atas sikap pentingkan diri sendiri.



“Bila manusia tidak ada pemikiran logik walaupun kita ada dalam kereta, (dia tinggalkan sahaja troli itu macam itu sahaja). Nasib baik ada kamera kereta,” tulis pemilik video kamera kereta itu.

Salah seorang pengguna Facebook, Muhd. Zafran berkata, adalah sukar untuk menuju negara maju sekiranya masih mempunyai pemikiran tahap lama.



“Minda masih kelas ketiga, macam mana nak maju kalau troli pun tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Video ini viral untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan bukannya bertujuan untuk mengaibkan dia (wanita itu),” katanya.

“Sekurang-kurangnya jangan letak sampai halang kereta orang lain. Carilah ruang kosong kalau malas sangat hendak tempat dia balik. Susah akal tidak sampai macam ini. Fikir diri sendiri sahaja,” ujarnya Noor Mohd.  – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 8-3-2023 05:47 PM
Lain kali hon jah acik tu

anywaaaayyss


Quote prettyuglybabe 8-3-2023 06:29 PM
sebab tu banyak mall kena guna coins..
baru ada akai nak pulangkan demi limaposen..
Quote rogayahtop 8-3-2023 06:51 PM
tak terkejut tgk makcik cenggini perangai tak semenggah. dah banyak kali jumpa.
Quote cepheid 8-3-2023 07:08 PM
Giant Shah Alam ke ni?
Quote pooh~key 8-3-2023 07:12 PM
cepheid replied at 8-3-2023 07:08 PM
Giant Shah Alam ke ni?

Iphone 13 pro max TANPA ANSURAN BULANAN akak ni boleh zoom dekat gambar tersebut sis. Dan hasilnya akak nampak econsave sis, bukan giant sis.
Quote cepheid 8-3-2023 07:49 PM
pooh~key replied at 8-3-2023 07:12 PM
Iphone 13 pro max TANPA ANSURAN BULANAN akak ni boleh zoom dekat gambar tersebut sis. Dan hasilnya ...

Kelas ahkak poohkey nampak jelas. Bumbung tu nampak sama design dengan Giant Shah Alam. Tak perasan troli tu ada ekonsave
Quote LadyCarefree 8-3-2023 07:56 PM
econsave. Tempat biforti kan?
Quote ultra78 8-3-2023 07:56 PM
Maklumlah waktu di sekolah orang melayu tak ambil subjek pendidikan moral.
Quote Buritan 8-3-2023 08:31 PM
Aku bangga dgnmu
Quote habisnamadahni 8-3-2023 09:09 PM
pemalassnya lahaiii makcikk oiii
Quote ninja boy 8-3-2023 09:24 PM
Beli barang sedikit pakai troli juga kah
Quote sharlenetexas 8-3-2023 09:26 PM
Nek salamiah pun membebel orang malaysia malas kemas meja kat mydin foodcourt.


Quote kotakbaju 8-3-2023 09:30 PM
dani-rox replied at 8-3-2023 05:47 PM
Lain kali hon jah acik tu

anywaaaayyss

Ok baru tau ni. Kiranya kena letak bertentang tiang paking la camtu.

Iols selalu letak dekat laluan troli kalau paking kat luar.
Quote hyie 8-3-2023 09:36 PM
memang gitu kan perangai ummah. Pastu nak suruh orang tolakkan. Kalau pegi Lotus\s (dulu Tesco), selalu diorang main letak je kat deret2 parking motor sampai orang nak keluarkan motor pon tak boleh. Semoga rumah kau ditenggelami banjir hendaknya, rumah kau sorang je. Aminn
Quote akies 8-3-2023 09:40 PM
Iols penah kena dulu org letak troli dekat belakang kereta.
Tak senonoh punya perangai!
Quote Adrif 8-3-2023 09:58 PM
hyie replied at 8-3-2023 09:36 PM
memang gitu kan perangai ummah. Pastu nak suruh orang tolakkan. Kalau pegi Lotus\s (dulu Tesco), sel ...

yang random stranger tolak troli kat kita ni memang perangai hazabedah
aku jenis tolak balik troli aku, kat tempat semua troli berhimpun tu

masa otw, ada makcik gemuk pendek ntah mak sapa, dengan tak bertamadunnya, tolak troli dia ke arah aku. dia tak cakap apa, pusing, terus blah, dengan troli dia meluncur ke tengah jalan

aku buat bodo je. stupid nonsense punya manusia. sampai bila2 la mentaliti tu akan menghantui hidup diorang

dah tua2 pun bodo
Quote edayildiz 8-3-2023 10:05 PM
Edited by edayildiz at 8-3-2023 10:07 PM

kdg tu yg bebal ada jua letak kat parking kosong jd kita tpksa keluar alihkn troli sbb nk parking..
sbb tu i xsuka pergi beli groceries kt tmpt atas bumi mcmtiu.
i prefer bli dlm bangunan..
Quote CiliApiPedas 8-3-2023 10:30 PM
Edited by CiliApiPedas at 8-3-2023 10:32 PM
pooh~key replied at 8-3-2023 07:12 PM
Iphone 13 pro max TANPA ANSURAN BULANAN akak ni boleh zoom dekat gambar tersebut sis. Dan hasilnya ...


Sis tergelak kak
Quote haruslah 8-3-2023 11:11 PM
I penah terlanggar troli yg letak sepah2 (sbb roda troli i geylong)
Pastu troli tu langgar lak kete org lain.
Sampai skrg rasa bsalah kat kete tu
I tacod jugak kalau ade yg record

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035621 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top