KUALA SELANGOR – Gara-gara mahu mengambil alat mainan, seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan selama 25 minit apabila kepalanya tersepit pada jeriji besi rumahnya di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira puku 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa berusia tiga tahun di ruang tamu dan mainan tersebut tercampak keluar ke kawasan jeriji tersebut. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.22 petang. “Pemeriksaan lanjut mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada jeriji tersebut. Anggota bomba kemudian merenggangkan besi tersebut bagi menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini. Tambah beliau, operasi berkenaan berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pukul 2.30 petang.
“Kanak-kanak itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum diserahkan kepada ibunya bagi urusan lanjut,” ujarnya.-CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT