CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Ketiga Mengaku Salah Rosakkan Cermin Kereta Dan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Rumah Madu

8-3-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7989| Komen: 44

Isteri ketiga seorang peniaga berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun selepas didakwa melakukan khianat merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, di sini, Ahad lalu.


Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.


SITI Fazira Mohd. Sofian (tengah) yang dituduh melakukan khianat di rumah madunya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman di Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

Mengikut pertuduhan, peniaga kedai emas itu didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah kira-kira pukul 2.15 petang, di kediaman madunya itu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula untuk fakta dan hukuman pada 15 Mac ini.

Pada Ahad lalu, wanita itu dilaporkan bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya yang merupakan peniaga penyaman udara kenderaan, tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.

Dalam kejadian tersebut, berlaku pertengkaran mulut serta pergelutan antara kedua-kedua wanita itu menyebabkan madunya yang berusia 34 tahun mengalami luka di bahagian jari dan kereta BMW milik tertuduh turut dirosakkan wanita itu. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 8-3-2023 04:56 PM
Sekarang musim menyondol dan musim madu memberontak...
Quote vanillaninja 8-3-2023 04:59 PM
Berapa umur laki sheols? Selalu Gold Wing ni atuk2 je suka
Quote hareeeesah 8-3-2023 05:05 PM
hadap le sanggup plak jd no 3 pastu nk mengamuk.
Quote white_musk 8-3-2023 05:30 PM
Bukankah ostat kata madu itu manis manis....
Quote MisXoXo 8-3-2023 05:39 PM
Jns tanak dan xsabo ..insecure mngkn..apooo
Quote laqoyah 8-3-2023 06:21 PM
Sondol la lagik.. nak sgt share marah knp!?
Quote prettyuglybabe 8-3-2023 06:32 PM
dia yang sondol, dia yang insecure
Quote Suchi 8-3-2023 06:32 PM
Siapa la nih tak kenal plak. Laki kawen sampai 3 tp tak reti nak kawal binik2 yg ada
Quote lotusteratai 8-3-2023 06:41 PM
dia tak nak balik rumah, kau bawa la kain baju semua g duduk sekali kat rumah tu biar madu kau tu bising kat laki kau suruh balik rumah kau. Pergi rosakkan harta benda buat apa tak pasal2 naik turun court
Quote Nurdianah 8-3-2023 06:44 PM
Sendiri sondol sendiri terluka… oh pilunya

Quote rogayahtop 8-3-2023 06:56 PM
akibat berkongsi tote.
Quote hokeypokey 8-3-2023 07:27 PM
bini no 1 tepuk tangan..
Quote primarikey 8-3-2023 08:39 PM
Isteri pertama tersenyum sinis
Quote kaedahnya 8-3-2023 08:43 PM
dia tak nak cukupkan quota ke
Quote alieyrina 8-3-2023 08:44 PM
Lainkali kau santau ja laki bini tu. Ni silap2 kena penjara kena cerai lagi
Quote sharlenetexas 8-3-2023 08:45 PM
Ganasnya mung.


Quote sharlenetexas 8-3-2023 08:45 PM
Lakinyalah tak reti didik bini2.


Quote makita 8-3-2023 08:57 PM
rogayahtop replied at 8-3-2023 06:56 PM
akibat berkongsi tote.


Ngamok la 2 hari tote xde
Quote kepompong 8-3-2023 10:42 PM
kes paling teruk sampai berbunuh… kat perak

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045968 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top