CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Terkena Tayar Treler Tercabut: Sehari Sebelum Kejadian Arwah Whatsapp Kawan-Kawan Minta Maaf

8-3-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5342| Komen: 6

Setiu: "Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, namun sehari sebelum kejadian dia ada menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada beberapa orang kawannya dan meminta maaf.

"Sepatutnya semalam adalah hari terakhir arwah bekerja selepas mendapat kerja baharu yang bermula Ahad ini," kata Mohamad Nazeri Abdul Razak, 42, bapa kepada Muhamad Airiel Rizman, 18, yang maut selepas sebiji tayar treler tercabut dan terpelanting di Kilometer (KM) 43 Kampung Merang di sini, petang semalam.


Menceritakan kejadian itu, bapa kepada empat anak itu berkata, dia sedang bekerja sebagai pemandu lori di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Sungai Tong di sini.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi rakannya memaklumkan anak terbabit dengan kemalangan itu.

"Ketika itu, saya hanya dimaklumkan anak sulungnya terbabit kemalangan dan tidak diberitahu sudah meninggal dunia.


"Saya bergegas pulang dan sebaik tiba di tempat kejadian luluh hati apabila mendapati anak terbaring kaku dan sudah ditutupi dengan kain," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Mengabang Panjang di sini, hari ini.

Mohamad Nazeri berkata, sebelum ini anaknya bekerja sebagai pengutip buah sawit dan baru dua bulan bekerja sebagai penjual air di Kampung Merang itu.

Menurutnya, Allahyarham Muhamad Airiel Rizman bukan saja seorang anak yang baik, malah dia juga banyak membantu meringankan beban keluarga.

Katanya, Allahyarham utamakan keluarga apabila akan memberi wang kepadanya dan ibunya, Norhayati Hamzah, 42, walaupun tidak banyak selain belanja adik-adiknya.

"Walaupun sedih dengan pemergian arwah, saya dan keluarga reda dengan apa yang berlaku.

"Saya juga tidak memikirkan lagi sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu atau syarikat lori berkenaan" katanya.

Mohamad Nazeri berkata, anaknya juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mengabang Panjang di sini, pada 10 pagi hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang peniaga air buah maut, manakala rakannya patah tangan selepas tayar treler tercabut dan terpelanting ke arah gerai mereka berniaga.

Dalam kejadian pada 5.05 petang itu, Muhamad Airiel meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada, manakala rakanya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22, patah tangan kanan, luka di muka dan dikejarkan ke Hospital Setiu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 8-3-2023 05:02 PM
Takziah. Kesian betul. Tak boleh nak imagine tiba2 je hilang nyawa when arwah was only minding his own business
Quote matamata 8-3-2023 05:06 PM
Woi hanat... Thread dah ada la
Quote kakikuDibibirmu 8-3-2023 05:25 PM
Tercabut tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote lotusteratai 8-3-2023 06:36 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, bahayanya treler ni
Quote Adrif 8-3-2023 09:51 PM
teringat arwah kawan aku. meninggal masa kami umo 18

sehari sebelum dia meninggal, macam ni la. dia mesej semua orang minta maaf, minta ampun, halal makan minum bagai

besok, accident masa otw pegi kelas
Quote kelana36 8-3-2023 11:04 PM
Setiu: "Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, namun sehari sebelum kejadian dia ada menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada beberapa orang kawannya dan meminta maaf.


Ini dia minta maaf sempena menyambut Nisfu Syabaan kot... ramai orang buat begitu..

Innalillahiwainna ilaihirajiun..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.136802 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top