CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Sedang Rangka Bantuan Persekolahan Seperti Menu Rahmah

8-3-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4180| Komen: 0

Program bantuan persekolahan baharu dengan konsep sama seperti Menu Rahmah sedang dirangka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program bantuan sedemikian dijangka akan direalisasikan pada sesi baharu persekolahan tahun hadapan.



FB

"Dalam tempoh seratus hari ini, kita akan memfokuskan kepada Menu Rahmah terlebih dahulu tetapi kementerian juga sedang merangka satu program khusus bagi bantuan persekolahan.

"Kita akan merangka program ini seperti inisiatif Menu Rahmah dengan kerjasama pihak tertentu yang akan menyediakan pakej bantuan, yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan," katanya selepas melancarkan program Menu Rahmah McDonald's, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan ibu-bapa mula merungut dengan kelengkapan persekolahan anak mereka yang dikesan naik mendadak antara 20 hingga 30 peratus.


Peningkatan mendadak itu memberi gambaran seolah-olah peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan keuntungan berganda, sekali gus memberi kesan kepada ibu-bapa khususnya mereka yang mempunyai anak ramai.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pada pembukaan sesi persekolahan tahun ini, kementerian masih menganjurkan program 'Kembali ke Sekolah' atau 'Back To School', yang akan turut dijayakan di kawasan-kawasan Parlimen seluruh negara.

"Malah pada esok, saya akan bersama sebuah gedung membeli-belah di ibu negara untuk melaksanakan program membabitkan bantuan persekolahan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.113912 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top