CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 72 Peratus Umat Islam Di Indonesia Masih Buta Al-Quran

8-3-2023 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4051| Komen: 15

Lebih 72 peratus umat Islam di Indonesia masih buta al-Quran, kata Timbalan Pengerusi Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Yandri Susanto.

Lapor CNN Indonesia, perkara tersebut disampaikan Yandri ketika menghadiri majis pengukuhan pengurusan institusi literasi al-Quran di Gedung MPR di Jakarta Pusat baru-baru ini.



KAJIAN MPR menunjukkan lebih 72 peratus umat Islam di Indonesia masih buta al-Quran.-AGENSI

Yandri turut mengajak seluruh umat Islam di negara itu untuk bekerjasama menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami bersama rakan-rakan khususnya pihak pengurusan institut latihan literasi al-Quran menyedari bahawa 72 peratus adalah angka yang membimbangkan. Bayangkan Indonesia yang majoritinya beragama Islam sebenarnya menghadapi masalah yang serius,” katanya seperti dipetik Detik.com.

Yandri berkata, pihaknya sedang mengorak langkah melatih dan memberi tauliah kepada guru-guru atau mualim supaya orang ramai cepat membaca al-Quran. 


Pihaknya juga akan mencetak buku panduan yang mudah difahami dan akan diedarkan segera ke seluruh Indonesia.

Dalam kesempatan itu, Yandri turut memberitahu akan berdialog dengan Badan Amil Zakat (Baznas) bagi membantu guru mengajar mengaji al-Quran mendapat gaji kerana mereka termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat selain asnaf.

“Sebab kita mahu mereka tumpu kepada pengajaran dengan kualiti terbaik dan masa terbaik. Dari segi isu pembiayaan dan keperluan harian, kerajaan hadir melalui Baznas untuk menyediakan bajet kepada guru-guru al-Quran ini,” jelasnya.

Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan turut menyambut baik gerakan membanteras buta al-Quran dalam kalangan umat Islam Indonesia.

“Jadi ada gerakan satu jawatankuasa yang dibentuk untuk mempercepatkan usaha mengurangkan buta al-Quran, jadi saya mengalu-alukan dengan sangat positif dan menyokong penuh gerakan sahabat ini kerana itu yang utama,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 8-3-2023 03:24 PM
Yg tak buta Quran pun dok perli2 org kat mesia ni.. terus????
Quote KamikuP 8-3-2023 04:27 PM
Pokoknya.. pokok kelapa sawit
Quote kakikuDibibirmu 8-3-2023 04:31 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini membundel kabupaten kedubes muntaber kapan nyemprot memuncratkan ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek goblok lonte Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote intan244 8-3-2023 09:13 PM
msia pulak ada data ke. cer buat survey.
Quote 3chanceno 8-3-2023 09:48 PM
Kat sana banyak pesantren & masjid atau surau di kg2, adakan kelas mengaji..pelik jugak kalau masuh ramai yg buta membaca Al Quran nie.
Quote edayildiz 8-3-2023 10:13 PM
malaysia i rasa mostly pandai baca cuma x amalkn
i pun xtau mcmana i blh pandai baca quran..i xbelajar pun iqrak1 sampai 5 tu..tp i pergi mengaji la masa kecik sampai khatam.xde pun tokguru ajar mengeja ke apa..cuma alif ba ta jer..
tgk kwn kwn lain alahai benak bethol..even cucu tokguru pun..sampai kesudah xhbs bca quran..
Quote makita 8-3-2023 11:08 PM
edayildiz replied at 8-3-2023 10:13 PM
malaysia i rasa mostly pandai baca cuma x amalkn
i pun xtau mcmana i blh pandai baca quran..i xbe ...

Yg benak tu meols la dulu2. Meols mmg xleh sazah garang. Mmg xleh fhm wpon diajar ulang2. Bila dah besar sket..dpt sazah muda elok layan lembut2..cepat meols pikap. Alhamdulillah.
Eh indon ni bukan ke byk pesantren2. Xkan la 70% buta al Quran
Quote ninja boy 9-3-2023 11:01 AM
Patutlah ramai indon amal sihir kurafat menderem benda2 syirik
Quote DARSITA 10-3-2023 04:16 AM

Majoriti berugama islam di Indonesia tu lebih kpd islam celup. Dgn bertattoo, dgn kawin campur ugama, dgn layan dukun bomoh segala etc.

28% yang tak buta tu mesti dari sekolah pondok. Dan dia orang punya level mengaji jauh lebih bagus dari yang tak buta al Quran di Malaysia. Di Malaysia tentu ada yang tak reti menyebut ain dan dua tiga huruf lain dlm bacaan Al Fatihah dgn betul.
Quote stingergrumpy 10-3-2023 05:34 AM
edayildiz replied at 8-3-2023 10:13 PM
malaysia i rasa mostly pandai baca cuma x amalkn
i pun xtau mcmana i blh pandai baca quran..i xbe ...

Of course....We can all see that in you...tang tak diamalkheun iteww....

Boleh baca ...last last 'terkeluar ring'...

Kahkahkahkahkahkah

Quote stingergrumpy 10-3-2023 05:38 AM
DARSITA replied at 10-3-2023 04:16 AM
Majoriti berugama islam di Indonesia tu lebih kpd islam celup. Dgn bertattoo, dgn kawin campur ugam ...

Surely bukan tak reti sebut DAR kerana kalo ada pembelajaran tentunya tahu sebutan yg betul..... tapi kalo yg macam lidah pendek macam greentea.....macam mana?

Quote FOTHER-MUCKER 10-3-2023 06:24 AM
Lol yang tidak buta Quran tu pun bukan tau apa maksudnya yang ko orang baca hari hari tu. Itulah agama ikutan dari pak arab. Nasib baik kafir tak tau yang ko orang tak faham apa pun yang ko orang baca hari hari selama berpuluh tahun!
Quote kitmal 10-3-2023 06:59 AM
Tahu baca tapi tak menghayati dan amalkan...juga sama...sampai ada yang tunggang
Quote FOTHER-MUCKER 10-3-2023 07:14 AM
Nasib baik lah kafir tak tau jikalau tidak mesti mereka gelak guling guling di padang merbuk!
Quote shida81 10-3-2023 07:22 AM
Ntah la.. Pd ak lebih baik tau bc al-quran n tafsirnya sekali... Ank2 ak pun ak x gesa2 khatam.. Biarla lmbt khatam tp sllu ngaji... Ni klu khatam Awal mmg mls la nk mengulang... Mcm mk dia nih...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.155965 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top