Pelakon yang juga pemilik kedai rokok elektronik atau 'vape', Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, bersama dua pekerjanya, HS Sarvinder Singh, 23, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, serta peniaga burger, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30 berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Januari lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, di kedai berkenaan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes, pada 31 Mac ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memberitahu Majistret Wong Chai Sia pada Rabu bahawa, laporan kimia bagi kes berkenaan belum diterima. Dalam kes ini, tertuduh pertama, Sarvinder Singh diwakili peguam, S Shastidaran manakala tiga tertuduh lain diwakili peguam, Mohamed Ashmeer Ashrof. Pada 10 Januari lalu, mereka didakwa dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 494 gram, di sebuah premis di Taman Oug Parklane Off Jalan Klang Lama di sini, pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi, namun mereka boleh dijatuhi hukuman mati atau tidak kurang sembilan sebatan dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Sinar Harian pada pada 4 Januari lalu melaporkan, kegiatan sindiket menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau 'vape' terbongkar selepas empat daripada ahlinya ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ganja seberat 494 gram (g) dan cecair ganja sebanyak 3,496 milliliter (ml) ditemui dalam serbuan jam 9.45 malam itu. - CARI
|
kakakko replied at 8-3-2023 02:31 PM
Ada sorang lagi tu mukanya lebih kurang gini. Cuma mulut idoklah mencepoit gitu.. Siapa ntah nama. S ...
codenamedream replied at 8-3-2023 06:35 AM
Kannn Ada lagi sorang muka camni. iols xleh recall Nama dia. Selalu watak sampingan jer
fairy_fairy replied at 8-3-2023 02:45 PM
Oh! Iols curious ni. Kalaulah ada orang tu travel pergi Amsterdam and makan space cake kat sana. Nga ...
fairy_fairy replied at 8-3-2023 02:45 PM
Oh! Iols curious ni. Kalaulah ada orang tu travel pergi Amsterdam and makan space cake kat sana. Nga ...
codenamedream replied at 8-3-2023 02:35 PM
Kannn Ada lagi sorang muka camni. iols xleh recall Nama dia. Selalu watak sampingan jer
HelgaPataki replied at 8-3-2023 02:59 PM
Si Hafeez Mikhail ke?
ADVERTISEMENT