CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di Mana Kedudukan Wanita Di Malaysia?

8-3-2023 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3442| Komen: 12

Hari Wanita Antarabangsa tahun ini betemakan 'Mendukung Kesaksamaan'.

Berdasarkan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2021 adalah 0.707.



Gambar hiasan

Ia bersamaan 70.7 peratus, menurun 0.7 mata peratus berbanding 0.714 pada tahun 2020.

Skor dengan nilai 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.

Berikut adalah beberapa fakta penting berkait jurang gender di Malaysia.

1) Pencapaian wanita melebihi lelaki dalam sub-indeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.060.

2) Sub-indeks kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.960, diikuti sub-indeks peluang dan penyertaan ekonomi (skor 0.709).

3) Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita masih rendah iaitu 55.5 peratus pada tahun 2021 jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Laos (74.8 peratus) dan Kemboja (74.0 peratus).


4) Penguasaan politik mencatat skor terendah iaitu 10.0 peratus (skor 0.100) yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam jawatan menteri dan Parlimen.

5) Dianggarkan 15.6 juta penduduk Malaysia adalah perempuan daripada keseluruhan 32.6 juta penduduk pada 2021.

6) Dari segi kelahiran, bayi perempuan mencatatkan 212,848 kelahiran daripada keseluruhan 439,744 kelahiran hidup pada 2021.

7) Bagi setiap RM100 gaji dan upah diterima lelaki, wanita menerima RM96.21. (Wanita: RM35,616 ; Lelaki: RM37,020).

8) Peratus wanita sebagai profesional dan pekerja teknikal lebih rendah berbanding lelaki. (Wanita: 40.6 peratus ; Lelaki: 59.4 peratus)

9) Penguasaan wanita dalam politik jauh lebih rendah, di mana hanya 15.6 peratus terlibat berbanding lelaki, 84.4 peratus.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 8-3-2023 02:38 PM
Equality vs Equity
Quote cikatilia 8-3-2023 02:46 PM
kalau kat pejabat iols
dpt boss perempuan dgn staff perempuan bukan main sarkastik keji2
tp dgn lelaki  lebut mcm agar2
Quote SWORKS27 8-3-2023 02:48 PM
kedudukan Wanita di Malaysia..
kadangkala diatas, kadangkala dibawah...begitulah lumrah
Quote Nizleen86 8-3-2023 08:44 PM
Susah kadang jadi perempuan ni. Bila ckp kata melawan, bila diam kena pijak. Bila baik dgn lelaki org kata gedik. Bila senggugut org kata mengada. Bila morning sickness org kata lembik. Bila jadi housewife org kata goyang kaki dekat rumah. Eh memang serba salah dibuatnya.
Quote stingergrumpy 8-3-2023 08:48 PM
Nizleen86 replied at 8-3-2023 08:44 PM
Susah kadang jadi perempuan ni. Bila ckp kata melawan, bila diam kena pijak. Bila baik dgn lelaki or ...


Kalo betul wanita iteww golongan yg senantiasa kena tindas...dianiaya dan ditunggang baruakheun oleh kaum adam,  kenapa akhirnya yg lebih ramai penghuni neraka iteww adaler dari golongan ini? Tanya anak jiran aku yg 3 tahun...

Ko ada jawabnya?


Quote stingergrumpy 8-3-2023 08:50 PM
SWORKS27 replied at 8-3-2023 02:48 PM
kedudukan Wanita di Malaysia..
kadangkala diatas, kadangkala dibawah...begitulah lumrah

Tapi kenapa ko lebih suker berada dibawah? Missionary position?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 8-3-2023 08:53 PM
Bak kata anak jiran aku wanita ini adaler golongan yg paling mudah utk masuk syurga tapi memilih utk masuk neraka....by virtue of jumlah penghuni didelam neraka berbanding kaum adam...

Think....
Quote ladybugz 9-3-2023 08:14 AM
selamat hari wanita utk semua. elakkan diri jd wanita yg toxic. marila kita jd wanita yg saling memahami dan bantu membantu sesama kita takkanla nk harapkan pihak lelaki nk paham. stop blaming the victims n start supporting women in need. wanita bukanla satu kelemahan atau kekurangan dalam keluarga tapi adalah tunjang yg memegang erat semua ahli. cukupla mengatakan ianya satu aib jika melaporkan jenayah terhadap wanita contoh kes keganasan rumah dan rogol. wanita yg berani melindungi diri dari difitnah dikasari  dan di malukan adalah wanita yg patut disokong.
Quote hayrin86 9-3-2023 09:30 AM
ladybugz replied at 9-3-2023 08:14 AM
selamat hari wanita utk semua. elakkan diri jd wanita yg toxic. marila kita jd wanita yg saling mema ...

Hari-hari pun adalah hari wanita. Kesaksamaan jantina perlu dirai setiap hari, setiap masa, bukan pada hari-hari tertentu..

hari hari pun hari wanita.png

Quote lurve82 9-3-2023 10:27 AM
sedih jadi wanita dekat Malaysia ni...
Quote intan244 10-3-2023 09:20 PM
better dari perempuan di Afghanistan ka india ka. peratus yg kurang dlm industry tu sbb memang citizen perempuan kurang kan. kerja pon pergi, pastu jaga anak lagi.
Quote rogayahtop 10-3-2023 11:40 PM
dah kalau pompuan dlm parlimen pun ala2 makcik doraemon tu nak buat gapo. yg bagus sikit mcm nurul izzah pulak tak diundi. pompuan jugak la yg mengundi setad lembab tu.

secara amnya akak prefer duduk msia kecuali kalau kena duduk kelate ganu je. koser nok nak kena paksa2 tudung kena bidang berapa pakai kain panjang mana seluar lebor mana

soalan akak: mahkamah syariah ada ETA ke bila nak settlekan beribu2 kes tertunggak melibatkan wanita?






Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.091771 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top