CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Caj Satu PATI RM7000, Sindiket Penyeludupan Manusia Di Kelantan Tumpas

8-3-2023 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2606| Komen: 13

PUTRAJAYA – Taktik sebuah sindiket penyeludupan manusia mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 seorang bagi menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) tumpas apabila seramai 15 orang warga asing ditahan pada 6 Mac lalu.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penahanan PATI terbabit dibuat menerusi Ops Gelombang 2 yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kelantan selepas kejayaan operasi pertama pada Oktober tahun lalu.


Foto: Kosmo

“Dalam serbuan sekitar Jeli dan Gua Musang, pasukan operasi berjaya menahan seramai tiga orang lelaki warganegara Malaysia berumur antara 39 hingga 60 tahun yang bertindak sebagai ‘transporter’ bagi sindiket itu.

“Turut ditangkap ialah seramai 15 orang PATI berumur antara 24 hingga 54 tahun terdiri daripada 12 orang lelaki dan tiga orang perempuan warganegara Indonesia dipercayai baru tiba dari negara jiran melintasi Sungai Golok dan kemudian dipindahkan dengan tiga buah kenderaan ke rumah penampungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Katanya, berdasarkan maklumat orang awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi mendapati modus operandi sindiket ialah masuk melalui laluan udara ke Thailand seterusnya menyeludup sempadan Malaysia -Thailand melalui Sungai Golok.

“Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap Pati untuk masuk ke Malaysia. Kesemua PATI ini kemudian akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor untuk bekerja secara tidak sah.

“Bagi PATI wanita pula, mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut atau menawarkan perkhidmatan seks,” ujarnya.

Tegasnya, siasatan awal mendapati ‘transporter’ tempatan menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap PATI yang diangkut dari sempadan menaiki kenderaan ditetapkan.

“Semasa serbuan dilakukan terdapat ‘transporter’ dan PATI yang cuba melarikan diri dengan bertindak secara agresif dan memberi ancaman secara fizikal. Namun, tindakan mereka berjaya digagalkan oleh pegawai operasi.

“Sindiket dipercayai aktif sejak Mei 2022 dan menyasarkan PATI berasal dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh serta India yang cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di Malaysia,” jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan anggaran, seramai 160 PATI di bawa masuk oleh sindiket ini dalam tempoh sebulan dan kerajaan dianggarkan mengalami kerugian hasil sebanyak RM1.7 juta dalam bentuk kutipan levi pekerja asing.

Kesemua PATI ditangkap disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Manakala tiga orang lelaki tempatan pula akan dihadapkan ke mahkamah untuk perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan. Kesemua tiga buah kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM100,000 akan disita untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 8-3-2023 05:58 PM
dah berjuta pun masuk [em:4:]

mmg lubuk duit.
Quote krustykrab 8-3-2023 06:05 PM
Byk nya duit pelarian....
Quote laqoyah 8-3-2023 06:13 PM
krustykrab replied at 8-3-2023 06:05 PM
Byk nya duit pelarian....

Budak cleaner Myanmar tempat kerja ai ckp masuk melalui Thailand naik lori. Berhari-hari yach. Bila dah berjaya sampai KL apply UN card.
Quote Zazama 8-3-2023 11:52 PM
Malaysia dan pati, berpisah tiada.
Quote daisy71 9-3-2023 01:19 AM
Yang bertugas makan duit.. Makan gaji buta.. Maruah negara yg tergadai.
Quote daisy71 9-3-2023 01:23 AM
Diharap dengan PM baru..  dapat dibanteras rasuah..  dari segala sektor pengurusan negara
Quote nanasno 9-3-2023 02:59 PM
masalahnya gomen pun susahkan bila nak buat permit. iols ni nak buat permit untuk maid punya la susah. dah la kena pakai agency. agency charge kemain mahal nak dekat  7k 8k buat permit sajo. gila ke apa. gomen buat mcm ni lagiilaaaa ligat orang buat pemerdaganngan manusia sbb lagi susah nak masuk. kita nak legal kan but government make it hard to legalise it.
Quote bedahcyber 9-3-2023 03:07 PM
Siapa didapati bersalah dengan bukti yang cukup, harus dihukum mati atau dilucutkan kerakyatan atau penjara seumur hidup + sebatan kaw kaw...
Quote hyie 9-3-2023 03:24 PM
tunjuk je la muka diorang, semoga mereka dibalas dengan balasan setimpal di akhirat kelak. Aminn!
Quote kelip2_07 9-3-2023 05:27 PM
sape yg mewah lbh2 tu dh blh cek..sumber income dr mane
Quote white_musk 9-3-2023 05:37 PM
Ore isle tak buat gini....
mesti dia kapeer ahli nerakak

done
Quote cheezel 9-3-2023 06:06 PM
Sbb tu ramai imig gelap mata. Yg tau tu taula. Pengkhianat
Quote Firenzza 9-3-2023 06:21 PM
Patut la byk NGOk2 yg  bermati2an mintak gomen bagi pati rohingok mendarat kt sini. Sebulan dpt 100 pati.....dh blh goyang kaki

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.295494 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top