CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

20 Tahun Menyepi, Suara Izzla Masih Memukau Sampai Ada Yang Suruh Masuk GV!

8-3-2023 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4262| Komen: 22

Siapa yang kaki karaoke pasti selalu mendengar lagu Ku Kunci Rindu Buatmu.

Pernah dikatakan memiliki suara sama seperti Ziana Zain, Izzla yang membuat kemunculan sekitar tahun 2000 kini seperti tenggelam. Tidak banyak diketahui mengenai pekembangan dirinya.



YouTube

Namun, nama Izla atau sebenarnya Izzlahaizan Mohd Hussein tampil semula ke kaca TV selepas lebih 20 tahun menyepi ekoran menjadi ikutan ramai di TikTok. 

Bukan sahaja penampilannya yang masih jelita pada usia 38 tahun, malah kelunakan suara ibu kepada tiga cahaya mata ini masih sama seperti di awal kemunculannya ketika remaja dahulu.

Ketika ditemu bual hos ‘Malaysia Hari Ini’, Izzla menceritakan dirinya cuma berusia 15 tahun apabila shooting video  video muzik ikonik di kawasan parkir sahaja. 




Meskipun pernah bergelar penyampai radio, namun selepas itu dia fokus terhadap rumah tangga. 

Izzla juga pernah terdetik untuk bersara gara-gara sukar dapat perhatian pada masa itu. Namun kemunculannya semalam, diibaratkan pembuka tirai bagi dirinya untuk kembali dalam bidang seni sekali gus mengubati rindu peminat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dan rindukan suara lunaknya meskipun sudah 2 dekad tidak beraksi dalam bidang seni. 



Dalam waktu sama, mereka turut mencadangkan Izzla untuk sertai program realiti ‘Gegar Vaganza’ musim terbaru.




Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 8-3-2023 02:04 PM
Selalu dengar lagu ni tapi tak kenal penyanyinya
Quote Burong_Hantuk 8-3-2023 02:07 PM
wekssss....lagu kampung
Quote habisnamadahni 8-3-2023 09:23 PM
suara masihh maintain...
Quote eely_shana 8-3-2023 09:32 PM
Beliau popular thn bila?
Quote hyie 8-3-2023 09:38 PM
meols rasa lagu ni macam circa 2003-2004 gitu sebab kawan iols suka memekak nyanyi lagu ni kat hostel yihhhhh
Quote lovelytouch 8-3-2023 09:40 PM
Vibrato kau kalau kurangkan sikit lagi ok dek non. Masa tgh naik dulu kemain nak imej nek ziana zain
Quote sharlenetexas 8-3-2023 09:43 PM
hyie replied at 8-3-2023 09:38 PM
meols rasa lagu ni macam circa 2003-2004 gitu sebab kawan iols suka memekak nyanyi lagu ni kat hoste ...

Avvy zaman bila tu sis?


Quote shernazz 8-3-2023 10:00 PM
Vavavaa
Lagu neh kawan iols suka Beno karok...
Kengkonon mendayu2.cm.jenanjen.gitchuu..
Mujur iols suka karok lagu cinta melankolia je
Quote hyie 8-3-2023 10:04 PM

zaman mendonia di sri pentas yach. Ada sorang staf cina lelaki media prima, heshe rajin selfie denga ctdk dari zaman dara hingga anak 2 katanya, lupa nama heshe masa ni ada event apa tatau tapi gambar ni rare
Quote Rhyno 8-3-2023 10:18 PM
hyie replied at 8-3-2023 09:38 PM
meols rasa lagu ni macam circa 2003-2004 gitu sebab kawan iols suka memekak nyanyi lagu ni kat hoste ...

Lagu Izzla tu bertandng sekali dgn lagu Retak by Ella kt semi-final Muzik Muzik 2003.
Quote Rhyno 8-3-2023 10:20 PM
kalau Izzla nak masuk GV10, harap Alina Hassan join skali. sheols masih padu yach!

[youtube]HLteIAt6q4g[/youtube]
Quote scrocth 8-3-2023 10:21 PM
Kalau masuk GV pn bakalan ke kuburan blk. Silap2 hari bulan kalau judges xsuka gaya nyanyian kampung uolz, terus murung xnak menyanyi langsung dh yach bila depa kritik
Quote Rhyno 8-3-2023 10:23 PM
Edited by Rhyno at 8-3-2023 10:25 PM
scrocth replied at 8-3-2023 10:21 PM
Kalau masuk GV pn bakalan ke kuburan blk. Silap2 hari bulan kalau judges xsuka gaya nyanyian kampung ...

selalunya penyanyi2 senior 90an ni akan tersingkir awal yach...

if Alina Hassan, Elda Susanti, Azura Aziz join maybe masuk finale sebab suara masing2 masih mantap...


Quote prizadane 8-3-2023 10:35 PM
Rhyno replied at 8-3-2023 10:18 PM
Lagu Izzla tu bertandng sekali dgn lagu Retak by Ella kt semi-final Muzik Muzik 2003.

Serious ah retak tu 2003? Iols rasa lagu ni both tahun 2001. Sebab masa tu iols form 3 nak PMR. Layan radio tiap tiap malam. Ha lagu ni dengan retak tu setiap nalam keluar kat radio muzik
Quote ujio 8-3-2023 11:02 PM
One hit wonder je ke dia ni..
Aku terdgr2 gak la dulu2 popular berkumandang, kot ada lagu lain popular dari dia...

Kalau tgk2 mv lama kelakar kan...
Quote refleCtion 8-3-2023 11:35 PM
Ada dlm youtube izzla nyanyi lagu pastikan tokti versi keroncong...best sgt.
Quote telracs 9-3-2023 12:37 AM
Sapa pulak ni....
Quote awenda507 9-3-2023 01:21 AM
Sedap suara. Bertiang lg best dpd kaknab
Quote tobobon 9-3-2023 01:46 AM
oklah..tp takde x factor sangat...kalau masuk gv probably tersungkur minggu2 awal..harus cari dulu x factor yachhh!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.187952 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top