Siapa yang kaki karaoke pasti selalu mendengar lagu Ku Kunci Rindu Buatmu.
Pernah dikatakan memiliki suara sama seperti Ziana Zain, Izzla yang membuat kemunculan sekitar tahun 2000 kini seperti tenggelam. Tidak banyak diketahui mengenai pekembangan dirinya.
YouTube
Namun, nama Izla atau sebenarnya Izzlahaizan Mohd Hussein tampil semula ke kaca TV selepas lebih 20 tahun menyepi ekoran menjadi ikutan ramai di TikTok.
Bukan sahaja penampilannya yang masih jelita pada usia 38 tahun, malah kelunakan suara ibu kepada tiga cahaya mata ini masih sama seperti di awal kemunculannya ketika remaja dahulu.
Ketika ditemu bual hos ‘Malaysia Hari Ini’, Izzla menceritakan dirinya cuma berusia 15 tahun apabila shooting video video muzik ikonik di kawasan parkir sahaja.
Meskipun pernah bergelar penyampai radio, namun selepas itu dia fokus terhadap rumah tangga.
Izzla juga pernah terdetik untuk bersara gara-gara sukar dapat perhatian pada masa itu. Namun kemunculannya semalam, diibaratkan pembuka tirai bagi dirinya untuk kembali dalam bidang seni sekali gus mengubati rindu peminat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dan rindukan suara lunaknya meskipun sudah 2 dekad tidak beraksi dalam bidang seni.
Dalam waktu sama, mereka turut mencadangkan Izzla untuk sertai program realiti ‘Gegar Vaganza’ musim terbaru.
zaman mendonia di sri pentas yach. Ada sorang staf cina lelaki media prima, heshe rajin selfie denga ctdk dari zaman dara hingga anak 2 katanya, lupa nama heshe masa ni ada event apa tatau tapi gambar ni rare
Post time 8-3-2023 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau masuk GV pn bakalan ke kuburan blk. Silap2 hari bulan kalau judges xsuka gaya nyanyian kampung uolz, terus murung xnak menyanyi langsung dh yach bila depa kritik
Post time 8-3-2023 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rhyno replied at 8-3-2023 10:18 PM
Lagu Izzla tu bertandng sekali dgn lagu Retak by Ella kt semi-final Muzik Muzik 2003.
Serious ah retak tu 2003? Iols rasa lagu ni both tahun 2001. Sebab masa tu iols form 3 nak PMR. Layan radio tiap tiap malam. Ha lagu ni dengan retak tu setiap nalam keluar kat radio muzik