CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Malu Je, Malaysia 'Diiktiraf Dunia' Lubuk Barangan Cetak Rompak Dan Pelbagai Produk Berjenama Terkemuka Tiruan

8-3-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4608| Komen: 32

Kuala Lumpur: Diiktiraf salah satu antara 33 lokasi di dunia menjadi 'syurga' menjual barangan cetak rompak dan pelbagai produk berjenama terkemuka tiruan selain di China, Vietnam, India, Filipina dan beberapa negara lain.


Pendedahan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dalam satu Kajian Semula Pasaran Terkenal 2022 baru-baru ini, terhadap lokasi pelancongan terkemuka di Jalan Petaling di sini, sekaligus memberikan imej negatif pada negara.

Selain Jalan Petaling di sini, 33 kawasan (pasaran fizikal) dan 39 pasaran dalam talian di 18 negara lain turut disenaraikan antara wilayah terbabit aktif dalam aktiviti cetak rompak dan tiruan.


Foto: Harian Metro

Antara tersenarai adalah di La Pulga Rio, Monterrey, Mexico, Mangga Dua Market, Indonesia, Chenghai, Guangdong, China, Heera Panna, Mumbai, India, Gamarra, Lima, Peru, Greenhills Shopping Center, Filipina dan MBK Center, Bangkok, Thailand.

Advertisement

Menurut laporan itu, Jalan Petaling adalah antara pasaran terkenal menjual barangan tiruan yang terletak di Kuala Lumpur.

Di kawasan itu berlakunya aktiviti jualan barangan tiruan, termasuk jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan barangan pengguna lain,

"Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap sebelum pandemik Covid-19 berikutan pelancong asing terhad namun kebanyakan barangan yang ada pada masa ini nampaknya adalah tiruan," kata laporan itu.

Selain itu, laporan tersebut turut mengkritik sikap pihak berkuasa tempatan yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan cermat dalam mengekang aktiviti jualan barangan tiruan dan cetak rompak.

Kesukaran untuk menjalinkan kerjasama di antara pemegang hak cipta dengan pihak berkuasa tempatan juga turut berlaku kerana atas dasar pilih kasih pihak berkuasa dan pembabitan dalam jenayah terancang.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa tempatan hanya akan mengambil tindakan terhadap aduan pemegang hak cipta hanya selepas mereka mengemukakan bukti yang cukup besar sebelum pihak berkuasa bersetuju bertindak.

Bagaimanapun, kajian yang dikeluarkan oleh USTR itu nampaknya sampai ke pengetahuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur sehingga menimbulkan rasa kurang senang mereka.

Pengerusinya Datuk Ang Say Tee berkata, tuduhan yang dibuat USTR itu adalah tidak benar dan bersikap keterlaluan, sambil menambah bahawa Jalan Petaling hanya mempunyai 10 peratus hingga 20 peratus daripada penjaja yang menjual barangan tiruan.

Stor simpanan barang tiruan diserbu

Upah berpuluh tonto walkie talkie bagi mengawasi pergerakan pihak berkuasa sepanjang masa.

Namun sebaliknya berlaku apabila kumpulan tonto memberikan maklumat salah menyebabkan sindiket membekal dan menjual barangan tiruan di Jalan Petaling di sini, 'terduduk' akibat rugi besar.

Dalam operasi bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilakukan di lokasi itu tengah hari kelmarin, peniga di situ menyangkakan pihak berkuasa hanya akan memeriksa gerai di sepanjang jalan itu.

Bagaimanapun, berlaku salah percaturan apabila pihak berkuasa sebaliknya menggempur beberapa stor rahsia milik sindiket di kawasan berkenaan.

Sumber berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu dijalankan, sebanyak tujuh premis perniagaan membabitkan kedai menjual pakaian, beg, aksesori, restoran dan lain-lain aktiviti diperiksa.

"Seramai 90 orang pekerja dan pengendali premis perniagaan turut disiasat terutamanya membabitkan warga negara asing.

"Hasilnya seramai 44 warga asing ditahan JIM kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menerusi kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing dipercayai diupah untuk menjadi jurujual di sekitar kawasan itu membabitkan warga Bangladesh seramai 23 individu, Myanmar (11), Nepal (6), Indonesia (3) dan seorang warga Filipina," katanya.

Menurutnya, KPDN mengambil tindakan ke atas tujuh premis stor simpanan barangan cap dagangan membabitkan 37 jenama terkenal.

"Tindakan sitaan turut dilakukan terhadap pelbagai barangan tiruan dan peralatan perniagaan. Dua pengendali premis ditahan untuk tindakan lanjut mengikut kesalahan Akta Cap Dagangan 2019," katanya.

Sementara itu, DBKL bertindak menutup serta merta dua premis yang dikendalikan warga asing serta mengeluarkan empat notis kompaun membabitkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, penggajian warga asing, halangan tempat awam dibawah UUK Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama agensi sahabat ini, akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan (hotspot) yang lain juga," katanya. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 8-3-2023 12:01 PM
Home minister too busy abusing his power. Don’t have time for real work.
Quote esbok 8-3-2023 12:11 PM
ironinya, tak pernah jejak petalin street. tempat cetak rompak lain dah sampai dah
Quote KamikuP 8-3-2023 12:19 PM
Takut nak PS ni tempat kongsi gelap dan money laundering serta panggang babi secara terbuka.
PBT DBKl dan Menteri tak buat kerjakah?
Quote Highflyer19 8-3-2023 12:21 PM
Masih ada org pergi??
Quote lattehazelnut 8-3-2023 12:35 PM
Semua nak cetak rompak..
Nak2 lagu or movie semua nak free..
Quote juboqhang 8-3-2023 12:43 PM
Zaman PS ..dah berlalu. Now zaman online…shopee.. lazada. Org dah tak pakai la baju lambang DKNY .. Chanel besor2 terpampang kat tek gitu kecuali ko blacks Amerika..Filipino atau pendatang yg baru rasa pegang duit kerja kt KL..konon nak up standard ko!

Quote johan-adx 8-3-2023 12:55 PM
kt msia je ada brg gred a, aa ,aaa,aaaa,aaaaa
Quote dua_chzy 8-3-2023 12:57 PM
Buat apa nak malu. Bangga je la. Sumber income rakyat weols kot. Retis, influenza, pun bangga ja tayang fakies.
Quote ilacantik 8-3-2023 01:13 PM
Semalam meols cikcur di Nu Sentral. Terperanjat tengok ada pushcart jual barang fufu. Coach lah, MK lah, Rayban lah. Boleh lepas pulak tu. Ada je mat saleh yg beli.
Quote Samerosie 8-3-2023 01:31 PM
Bukan dah lama ke? sejak zaman iols sekolah lagi PS boutique tu.  Dulu2 expats kat office iols sebelum balik cuti kismes memang berlibur di PS beli bawa balik for hadiah macam watches & handbags mostly.
Quote Nurdianah 8-3-2023 01:34 PM
Pakai branded kt Msia pun org ingat fake. LV immigran pun dah pakai.. tak nak arrr.. asalkan cantik jer konsep ai gaytohhh
Quote mdhelmi 8-3-2023 03:02 PM
dulu setiap kali balik dari kolej naik bas drop kat CM
lepas pekene nasi ayam dalam CM tu baru pegi PS cari CD lagu
ingat lagi 1st CD lagu aku beli album too phat dan linkin park
Quote white_musk 8-3-2023 03:06 PM
KamikuP replied at 8-3-2023 12:19 PM
Takut nak PS ni tempat kongsi gelap dan money laundering serta panggang babi secara terbuka.
PBT DBK ...

pbti dbkt semua sibuk sembah batu cave dik
Quote tripleid 8-3-2023 03:16 PM
Dbkl dah boleh tukar nama PS  jadi Bangla Street sbb skrg kat situ lbh ramai bangla drpd cainis lokal..
Quote DARSITA 10-3-2023 04:37 AM

Tak perlu malu sebab Malaysia ada gang maaa ~

"Diiktiraf salah satu antara 33 lokasi di dunia menjadi 'syurga' menjual barangan cetak rompak dan pelbagai produk berjenama terkemuka tiruan selain di China, Vietnam, India, Filipina dan beberapa negara lain"
Quote DARSITA 10-3-2023 04:39 AM
Nurdianah replied at 7-3-2023 09:34 PM
Pakai branded kt Msia pun org ingat fake. LV immigran pun dah pakai.. tak nak arrr.. asalkan cantik  ...


Kalau drive proton wira ke, anza ke mestilah orang kata fake ..cer drive maserati, tesla hok fake pun jadi ori.


Quote Simunggu 10-3-2023 07:30 AM
jadinya kenapa??? open economic & negara maju...
Quote anony-mous 10-3-2023 07:32 AM
Lubuk? Mcm susah je nk jumpa yg 1:1 copy
Quote melinda_kerr 10-3-2023 07:57 AM
Baru jejak lastweek before kena ambush ni. Aku tgk byk je foreigner duk beli brg2 replica ni. Aku usha gak kualiti mmg out lah. Nampk sgt fake. Yg dekat Thailand lg nampak serupa original

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.219368 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top