CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenyataan Hadi Boleh Menakutkan Pelabur - Mat Sabu

8-3-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2629| Komen: 1

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengakui wujudnya usaha menjatuhkan kerajaan dikhuatiri boleh menakutkan pelabur untuk datang melabur ke Malaysia.

"Baru-baru ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS yang mewakili satu pertiga ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang berusaha terus untuk menukar kerajaan bukan melalui pilihan raya, sama ada 'tebuk atap' atau yang bocor sendiri.



FB

"Kenyataan beliau itu memang boleh menakutkan para pelabur untuk datang ke Malaysia. Antara syarat pelabur untuk melabur dan mengeluarkan perbelanjaan mereka ialah kesejahteran, keamanan dan kestabilan sesebuah negara dan mereka sanggup berbelanja besar untuk melabur," kata Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam video ucapan melalui hantaran Facebook, malam tadi.

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Abdul Hadi yang meramalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.


Sementara itu Mohamad Sabu berkata, Abdul Hadi sebagai pimpinan veteran politik sepatutnya menyeru ahlinya supaya bekerja keras untuk tumbangkan kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Namun katanya, apabila pemimpin besar seperti Abdul Hadi menyebut soal menukar kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia boleh menggusarkan para pelabur.


Loading FB Post...

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, dia bagaimanapun yakin kerajaan pimpinan Anwar akan bertahan sehingga penggal berakhir.

"Saya berkeyakinan penuh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertahan sehingga pilihan raya akan datang.

"Binalah Malaysia Madani, Malaysia yang demokrasi. Tukarlah kerajaan melalui pilihan raya umum," jelas Mohamad.





Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 8-3-2023 12:07 PM
Pas piss puss.. bukan nak tolong rakyat. Lagi nak sabotaj negara. Islam boleh idop tanpa PAS tapi PAS tak boleh idop tanpa menunggang Islam!!!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.497796 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top