CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Tak Nak Bermasam Muka Dengan Bekas Suami, Pesan Wanita Cari Duit Sendiri

8-3-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4765| Komen: 18

Walaupun bercerai, Fasha Sandha antara selebriti yang berjaya mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami iaitu Jejai demi menjaga kebajikan anak-anak.

Katanya penceraian bukanlah alasan untuk bermasam muka dengan bekas pasangan, sebaliknya mencari jalan damai demi anak-anak.


Foto: IG

"Pada saya, setiap orang ada cara masing-masing. Macam saya, saya pilih untuk berdamai demi anak-anak supaya mereka dapat membesar dengan cara yang normal.

"Walaupun kami dah tak bersama dan saya pun sudah ada pasangan hidup baru, tapi anak-anak semua tahu yang kami berdamai dan hidup harmoni," katanya kepada mStar.



Fasha jugabersyukur kerana anak-anak memahami keadaannya dan bekas suami yang sudah tidak lagi bersama.

Kata Fasha, dia tidak pernah mengajar anak-anak untuk memahami situasi mereka, sebaliknya hanya menunjukkan contoh terbaik di hadapan anak-anak.

"Saya tak fahamkan apa-apa pun kerana mereka boleh faham sendiri. Lagi pun, masa saya berkahwin dengan Aidil, mereka masih kecil.

"Anak-anak sudah faham yang mereka mempunyai dua ayah dan satu ibu. Walaupun ditakdirkan mereka ada dua ibu nanti, Insya Allah mereka boleh terima," ujarnya.



Mengulas lanjut tentang hubungan baiknya bersama Jejai atau Rizal Ashram Ramli, Fasha mengakui dia tidak mempunyai sebarang tip, namun menasihatkan wanita agar mempunyai sumber kewangan sendiri.

Jelas aktres itu, wanita harus kuat dan menerima takdir sekiranya jodoh mereka tidak berpanjangan.



"Saya sebenarnya tak pandai sangat fasal nak beri tip atau memberi nasihat. Tapi, apa yang saya boleh katakan kita harus maju ke depan dan hidup harus diteruskan.

"Jadi, kalau ditakdirkan kita berpisah, kita harus belajar menerima yang jodoh kita hanya sampai di situ. Bagi pendapat saya, selalunya orang bekerjaya ini tidak akan ditindas," katanya.



Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.


Aktres itu kemudiannya berkahwin dengan aktor Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seoarang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 8-3-2023 01:41 PM
Suka tengok girls, cantik & comel
Quote Burong_Hantuk 8-3-2023 02:11 PM
Cleocatra replied at 8-3-2023 01:42 PM
Sheol masih duduk rumah jejai belikan untuk anak2 sheol ke? Sheol dengan jejai pun berpisah sebab ci ...

tu ler pasal ...laki baru dia x mampu belikan rumah utk FS n anak2 ke???
Quote OsHiN_hOnEy 8-3-2023 02:17 PM
takpa ibu
sebab mata sebelah jer
kita maafkan ibu punya 10 years timelapse
Quote MisXoXo 8-3-2023 06:20 PM
Dia duk umah situ lah.mano laie..asbab bercekau..melibatkan peguam terus aman damai smpai skrg.kena mcm tu kalau x..x hbs2..skrg aman damai..suka tgk ...status karangan pjg lebar ibukk tu biasaaa..xpe...asalkan now ibuk eppyyy dgn aidil
Quote JahLupa 8-3-2023 07:00 PM
Rumah tu jejai belikan ke..rsenya dari dia bujang dia duk situ dah kan
Quote pichee 8-3-2023 07:12 PM
Bagus fs pnye nasihat… sng ckp xde tips.. tak usah nk jd terpaling bg nasihat… ni kes blm setel or tgh berjalan abis dicanang ala2 women empower la sgt…

Jz ckp wanita kne ada financial sendiri.
Quote scarflicious 8-3-2023 07:34 PM
JahLupa replied at 8-3-2023 07:00 PM
Rumah tu jejai belikan ke..rsenya dari dia bujang dia duk situ dah kan

Taklah. Jejai beli untuk anak. Anak nd pun rasanya ada sebuah juga.
Quote orkid_amani 8-3-2023 07:37 PM
Mesti lebatkan monthly allowances utk ank2 jejai ni.. unntooonggg la FS & ND xpayah turun naik mahkamah tuntut nafkah ank..rasanya lebih dari cukup kot jejai bg..siap ada extra allowances ni..sbb diorang xpenah bunyi pun pasai nafkah ank
Quote LadyCarefree 8-3-2023 07:43 PM
Tapi kau pun dulu ada bokbeng juga kan? Cuma eloklah finally ok dan berbaik2 sudah. Credit to Jejai too
Quote LadyCarefree 8-3-2023 07:44 PM
orkid_amani replied at 8-3-2023 06:37 PM
Mesti lebatkan monthly allowances utk ank2 jejai ni.. unntooonggg la FS & ND xpayah turun naik mahka ...

Rasanya gitu lah. Bagus Jejai, kan?
Quote putericahaya999 8-3-2023 07:53 PM
Jemyma sebijik muka nenek dia
Quote Miawlover 8-3-2023 07:55 PM
Pernah baca kat IG pasha yg dia ckp jejai mmg lelaki & ayah yg baik. Gitulah. Sbb tu kot 2 Kali cerai x tak pernh turun naik court, anak3 terjaga elok.
Quote ariellin 8-3-2023 08:43 PM
aku tetap suka tgk fasha jejai dari fasha aidil
Quote _blackbird 8-3-2023 09:01 PM
I setuju dgn kata2 pasha. Kalau ex laki berduit & pemurah, kalau tak bahagia, byk masalah, hati berubah bukan boleh paksa pon. Baik cerai cara baik & berbaik2 dengan ex, kan dpt byk benefit. Sure la ex laki tamau tgk anak sendiri hidup merempat.
Quote eely_shana 8-3-2023 09:28 PM
Betul tu fs.
Quote dua_chzy 8-3-2023 09:35 PM
Kau dengan ex kau tu memang takda masalah besar sangat pon sedari dulu. Jejai bukan pernah kantoi oleh ngkau ada gambar ka video berendut dengan betina lain. Ko tu cerai sebab masalah dengan in laws. Siap mak kau pi gaduh2 dengan in laws kau. Eh apeda.
Quote dua_chzy 8-3-2023 09:36 PM
Edited by dua_chzy at 8-3-2023 01:38 PM

Pehtu takyah sembang sangat la Fasha. Kau dengan Nora dulu berapa tahun perang dingin. Sekarang dah hokeh dah helok terus kunun acah2 can bagus bagi nasihat pasal rumahtangga? Pft.

Btw mengenali Melayu Islam yang pemaaf ini, 10 tahun dari sekarang helok la kot pasangan2 yang sedang bersengketa sekarang. Unless hati mak lampir macam Rita, maka takleh nak tolong lah.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.243382 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top