View: 4370|Reply: 17
|
Fasha Sandha Tak Nak Bermasam Muka Dengan Bekas Suami, Pesan Wanita Cari Duit Sendiri
[Copy link]
|
|
Walaupun bercerai, Fasha Sandha antara selebriti yang berjaya mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami iaitu Jejai demi menjaga kebajikan anak-anak.
Katanya penceraian bukanlah alasan untuk bermasam muka dengan bekas pasangan, sebaliknya mencari jalan damai demi anak-anak.
Foto: IG
"ada saya, setiap orang ada cara masing-masing. Macam saya, saya pilih untuk berdamai demi anak-anak supaya mereka dapat membesar dengan cara yang normal.
"Walaupun kami dah tak bersama dan saya pun sudah ada pasangan hidup baru, tapi anak-anak semua tahu yang kami berdamai dan hidup harmoni," katanya kepada mStar.
Fasha jugabersyukur kerana anak-anak memahami keadaannya dan bekas suami yang sudah tidak lagi bersama.
Kata Fasha, dia tidak pernah mengajar anak-anak untuk memahami situasi mereka, sebaliknya hanya menunjukkan contoh terbaik di hadapan anak-anak.
"Saya tak fahamkan apa-apa pun kerana mereka boleh faham sendiri. Lagi pun, masa saya berkahwin dengan Aidil, mereka masih kecil.
"Anak-anak sudah faham yang mereka mempunyai dua ayah dan satu ibu. Walaupun ditakdirkan mereka ada dua ibu nanti, Insya Allah mereka boleh terima," ujarnya.
Mengulas lanjut tentang hubungan baiknya bersama Jejai atau Rizal Ashram Ramli, Fasha mengakui dia tidak mempunyai sebarang tip, namun menasihatkan wanita agar mempunyai sumber kewangan sendiri.
Jelas aktres itu, wanita harus kuat dan menerima takdir sekiranya jodoh mereka tidak berpanjangan.
"Saya sebenarnya tak pandai sangat fasal nak beri tip atau memberi nasihat. Tapi, apa yang saya boleh katakan kita harus maju ke depan dan hidup harus diteruskan.
"Jadi, kalau ditakdirkan kita berpisah, kita harus belajar menerima yang jodoh kita hanya sampai di situ. Bagi pendapat saya, selalunya orang bekerjaya ini tidak akan ditindas," katanya.
Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.
Aktres itu kemudiannya berkahwin dengan aktor Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seoarang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok girls, cantik & comel |
|
|
|
|
|
|
|
tu ler pasal ...laki baru dia x mampu belikan rumah utk FS n anak2 ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
takpa ibu
sebab mata sebelah jer
kita maafkan ibu punya 10 years timelapse
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia duk umah situ lah.mano laie..asbab bercekau..melibatkan peguam terus aman damai smpai skrg.kena mcm tu kalau x..x hbs2..skrg aman damai..suka tgk ...status karangan pjg lebar ibukk tu biasaaa..xpe...asalkan now ibuk eppyyy dgn aidil |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah tu jejai belikan ke..rsenya dari dia bujang dia duk situ dah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus fs pnye nasihat… sng ckp xde tips.. tak usah nk jd terpaling bg nasihat… ni kes blm setel or tgh berjalan abis dicanang ala2 women empower la sgt…
Jz ckp wanita kne ada financial sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
JahLupa replied at 8-3-2023 07:00 PM
Rumah tu jejai belikan ke..rsenya dari dia bujang dia duk situ dah kan
Taklah. Jejai beli untuk anak. Anak nd pun rasanya ada sebuah juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lebatkan monthly allowances utk ank2 jejai ni.. unntooonggg la FS & ND xpayah turun naik mahkamah tuntut nafkah ank..rasanya lebih dari cukup kot jejai bg..siap ada extra allowances ni..sbb diorang xpenah bunyi pun pasai nafkah ank |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kau pun dulu ada bokbeng juga kan? Cuma eloklah finally ok dan berbaik2 sudah. Credit to Jejai too
|
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 8-3-2023 06:37 PM
Mesti lebatkan monthly allowances utk ank2 jejai ni.. unntooonggg la FS & ND xpayah turun naik mahka ...
Rasanya gitu lah. Bagus Jejai, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Jemyma sebijik muka nenek dia |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah baca kat IG pasha yg dia ckp jejai mmg lelaki & ayah yg baik. Gitulah. Sbb tu kot 2 Kali cerai x tak pernh turun naik court, anak3 terjaga elok. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tetap suka tgk fasha jejai dari fasha aidil |
|
|
|
|
|
|
|
I setuju dgn kata2 pasha. Kalau ex laki berduit & pemurah, kalau tak bahagia, byk masalah, hati berubah bukan boleh paksa pon. Baik cerai cara baik & berbaik2 dengan ex, kan dpt byk benefit. Sure la ex laki tamau tgk anak sendiri hidup merempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau dengan ex kau tu memang takda masalah besar sangat pon sedari dulu. Jejai bukan pernah kantoi oleh ngkau ada gambar ka video berendut dengan betina lain. Ko tu cerai sebab masalah dengan in laws. Siap mak kau pi gaduh2 dengan in laws kau. Eh apeda. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 8-3-2023 01:38 PM
Pehtu takyah sembang sangat la Fasha. Kau dengan Nora dulu berapa tahun perang dingin. Sekarang dah hokeh dah helok terus kunun acah2 can bagus bagi nasihat pasal rumahtangga? Pft.
Btw mengenali Melayu Islam yang pemaaf ini, 10 tahun dari sekarang helok la kot pasangan2 yang sedang bersengketa sekarang. Unless hati mak lampir macam Rita, maka takleh nak tolong lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|