SEGAMAT – Seorang mangsa banjir tergamam apabila melihat sejadah dan naskhah Yasin tidak rosak mahupun basah walaupun banjir menenggelamkan keseluruhan ruang dalam rumahnya di Kampung Jawa Baru, Chaah, di sini.
Menurut Azizah Bani, 53, dia menjumpai sejadah serta Yasin tersebut sewaktu membersihkan rumahnya selepas air surut sejak semalam. “Satu-satunya barang yang selamat dan sempurna adalah sejadah dan Yasin ini. Alangkah terkejutnya saya. Saya tidak dapat tahan air mata apabila saya tengok kedua-dua barang itu tak koyak langsung atau basah. “Saya berasa sangat insaf melihat kebesaran Allah ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Katanya, pakaian serta semua perkakas rumah habis hanyut dan bergelimpangan di dalam rumah, namun sejadah serta yasin tersebut selamat. Azizah berkata, keajaiban yang pertama kali berlaku di rumahnya itu kalau difikirkan mengikut logik akal, semua barang tersebut sepatutnya sudah basah dan koyak.
Dalam kejadian bencana banjir pada 1 Mac lalu, Azizah, suami, abang serta tiga orang anaknya terpaksa memecahkan bumbung kediaman bagi menyelamatkan diri apabila paras air naik mendadak di Kampung Jawa, Chaah di sini. Enam sekeluarga ini turut berada di atas bumbung rumah selama tujuh jam dalam keadaan kesejukan berikutan hujan lebat dan kelaparan sebelum diselamatkan oleh pihak polis dengan menggunakan bot penyelamat. Sementara itu, suami Azizah, Wahid Panot, 63, berkata, terdapat al-Quran serta yasin yang lainnya di dalam laci yang basah. “Ada buku-buku agama lain dalam laci didapati basah kerana terkena banjir, namun sejadah dan Yasin yang ini dijumpai atas lantai rumah tidak basah mahupun koyak walaupun telah terendam air bah. “Kami orang biasa-biasa. Amalan juga biasa sahaja tiba waktu solat, kami solat. “Kami juga bukanlah orang senang dan tidak dapat bantu dari aspek kewangan tetapi dari segi lain seperti datang membantu apabila mereka memerlukan pertolongan,” kata warga emas tersebut. -CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 8-3-2023 05:48 AM
Ni kalo umah ada bible kalo banjir tenggelam semua tp kitab tetap kering bersih nk kata tanda kebesa ...
Thunderclouds replied at 8-3-2023 01:48 PM
Ni kalo umah ada bible kalo banjir tenggelam semua tp kitab tetap kering bersih nk kata tanda kebesa ...
pooh~key replied at 8-3-2023 01:53 PM
Maknanya tangan akak lagi maha berkuasa ke apa sisthur? Sebabnya tangan akak yang flawless inneyyy p ...
nolya replied at 8-3-2023 05:46 PM
Kenapa PK koyakkan muka surat AQ. Apa salahnya naskahah trs kpd anda shnga harus ianya dikoyak2ka ...
pooh~key replied at 8-3-2023 05:56 PM
Akak geram sis, akak geram ketika itu sis. Masa tu akak dalam fasa tak boleh terima tuhan cipta ak ...
nolya replied at 8-3-2023 09:19 PM
So, ibarat marahkan nyamuk kelabu yg dibakar kah? So now mcmane, sudah dpt nerima hakikatkah bahaw ...
pooh~key replied at 9-3-2023 05:42 AM
Iya sister. Akak menyasal sis. Now akak dah boleh terima yang bahawasanya betullah apa yang kau ca ...
mdhelmi replied at 9-3-2023 09:19 AM
erm......
dulu rumah aku pun pernah banjir
komik alam perwira, dewata raya, pedang setiawan, raja ri ...
ADVERTISEMENT