CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Scammer Makin Licik, Buat Cerita Sedih Tipu 2 Hari Anak Tak Minum Susu! Siap Sumpah Tunjuk Botol Kosong

8-3-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3315| Komen: 7

Taktik scammer dalam talian semakin kreatif, terus memperdaya mangsa di seluruh negara.

Kali ini, seorang wanita mendedahkan dia menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dia memerlukan bantuan untuk membeli susu anaknya.


Menurut scammer tersebut, anaknya sudah dua hari tidak minum susu memandangkan dia masih lagi belum menerima gaji.


Gambar Hiasan

"Assalamualaikum akak. Saya nak minta tolong sikit dengan akak... hari ni je untuk anak saya minum susu. Dari semalam lagi sampai sekarang belum minum susu. Habis stok susu anak saya.

"InsyaAllah akak, nanti suami saya dapat gaji 5 hari bulan ni saya bayar semula duit akak. Harga susu sepaket besar tu dalam RM28.90," ujar individu berkenaan.

Wanita itu terus membalas WhatsApp berkenaan dan bertanya mengenai identiti pengirim mesej berkenaan.

"Waalaikumussalam, ni siapa ya? Saya kenal awak ke? Saya tak tahu sebab gambar (profil WhatsApp) pun tak ada" soal wanita itu.

Scammer tersebut kemudiannya memperkenalkan namanya sebagai Nurul Anis dan sekali lagi meluahkan kisah sedih mengenai anaknya yang masih belum minum susu.

"Nurul Anis akak. Saya sangat-sangat memerlukan susu sepaket untuk hari ini dan saya minum. Dapat beli susu sepaket pun dah cukup. Anak saya kelaparan susu dah ni kak.

"Allahuakhbar. Sebab esok suami saya baru dapat gaji akak. InsyaAllah akak, nanti saya bayar semula duitnya esok pagi.

"Demi Allah, akak saya sangat-sangat memerlukan susu anak hari ini," ujar scammer itu lagi.

Wanita yang menerima mesej itu kemudiannya membuat semakan melalui satu aplikasi dan mendapati nombor telefon berkenaan pernah direkodkan sebagai 'scammer susu anak' oleh mangsa-mangsa terdahulu.

Tangkap layar mesej scammer itu turut dikongsi di group Facebook B40 Buat Apa Harini sehingga ia meraih perhatian ramai.

"Jenis macam ni elok betul-betul susah. Merosakkan kepercayaan dan prihatin kita dekat orang susah dekat luar sana.

"Balas balik, minta alamat, nak hantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) suruh ambil anak. Mak bapa tak mampu jaga.

"Banyak yang macam ni sekarang. Mohon hati-hati," tulis beberapa pelayar Facebook. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 8-3-2023 10:38 AM
dkt group loan utk peniaga..ade sekor arinie cite lain..dok mtk duit segera sbb bnk dh col2..esk cite lain plk kata keje glc duit dia kena tipu la bla2..sng btl ehh buat duit
Quote tri-max 8-3-2023 10:39 AM
betul2 penonggeng agama
siap bertakbir allahu akbar
mohon hati2 la esp pompuan yg berhati tisu lembut
jgn bagi walau sesen pun kat scammer haramjad ni
Quote krisp 8-3-2023 10:56 AM
Aku pulak baru terima WhatsApp kata 'I'm a General Manager and hiring a team for my company' Tak bukak pun message, delete terus. Ingat nak jawap 'you think I tak boleh bau scammer ke?' Tapi takutlah pulak bila bukak message tertekan apa2 link pulak.
Quote prettyuglybabe 8-3-2023 11:49 AM
ramai enabler kan..
dia menipu itu antara dia dengan tuhan..
janji kita dapat pahala katanya..
Quote midori888 8-3-2023 12:02 PM
Mana lah dia dpt no hp mangsa...better delete jer msg dari org yg tak kenal...
Quote bonggo 8-3-2023 03:03 PM
Sama la kt fb, komen mintak bantuan org susah anak x makan laki kena buang.. Banyak group lak tu dia post. Orang yg sama. Kalau betul2 susah dia x mntak tolong terbuka mcm tu. Org yg betul2 susah ni dia tau malu. Tu pun ade terpedaya terus reply mnta no acc.
Quote rogayahtop 8-3-2023 05:27 PM
mcm2 perangai scammer ni  kalau beli barang live dekat shopee tu pun jaga2 la. dlm grup whatsapp akak latest ada sorang akak ni  terkena beli barang dapat barang secondhand tak boleh pakai. dahla pandai pulak seller scammer tu suruh  dia  bank in psl kalau tak shipping mahal katanya. mmg tak dapat la nak refund.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.048831 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top