CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Tiket Kapal Terbang Naik 400 Peratus, "Kami Nak Balik Raya, Bukan Melancong"

8-3-2023 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5503| Komen: 55

Isu tiket kapal terbang mahal ketika musim perayaan bukanlah perkara baharu. Saban tahun, ia akan menjadi topik yang dibualkan oleh hampir kesemua golongan perantau.

Masing-masing akan pening kepala terutama mereka yang telah bekeluarga dan mempunyai anak yang ramai.


Paling terkesan pastinya perantau dari Sabah dan Sarawak. Dua negeri yang terletak di Malaysia Timur ini terpisah dari tanah Semenanjung oleh Laut China Selatan.


Foto: kosmo

Ini bermakna, rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di merata negeri di Semenanjung, sama ada yang mencari rezeki atau bergelar pelajar perlu menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara untuk pulang ke kampung masing-masing.

Menggunakan perkhidmatan kapal terbang sangat berbeza dengan pengangkutan darat seperti bas, kereta api mahupun teksi.

Selain kosnya yang mahal, jumlah tiket kapal terbang yang disediakan juga sangat terhad dan terbatas.


Atas sebab itu, setiap perjalanan yang menggunakan perkhidmatan udara perlu dirancang agar tiada yang kempunan untuk balik kampung.

Dan jangan terkejut, mereka yang berpeluang untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri nanti adalah mereka yang telah membeli tiket sejak lapan bulan lalu!

Semua tindakan awal itu dibuat bagi memastikan mereka membeli tiket pada harga berpatutan atau lebih murah berbanding biasa.

Namun, bagi mereka yang tidak cakna atau bersikap ‘tunggu dahulu’, natijahnya cukup besar apabila mereka perlu membayar dengan jumlah yang besar bagi mendapatkan sekeping tiket.

Seperti mana yang dilaporkan akhbar ini, tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak telah meningkat lebih 400 peratus menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri pada April ini.

Tahun lalu, ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergelar Perdana Menteri, beliau ada mengingatkan semua pengendali syarikat penerbangan domestik agar tidak mengambil kesempatan menaikkan tambang penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Dan untuk tahun ini, besarlah harapan seluruh perantau agar Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah ini, setidak-tidaknya untuk memastikan harga tiket tidak terlalu mahal.

Penyelesaiannya sangat jelas, iaitu memberi lebih banyak ruang kepada rakyat yang ketika ini terjejas akibat kos sara hidup yang tinggi untuk menikmati tiket penerbangan pada harga mampu milik.

Harus diingat bahawa rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung bukanlah golongan yang serba mampu atau kategori T20, tetapi mereka adalah pencari rezeki di negeri orang.

Lagipun, tiket kapal terbang yang ingin dibeli itu adalah bagi tujuan pulang ke kampung halaman dan bukannya untuk pergi melancong. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-3-2023 10:07 AM
nAk cover kos rusgi masa pandemik le tu
Quote white_musk 8-3-2023 11:00 AM
Jikalau dia belajar hukum demand supply mungkin lah dia akan faham...
Quote budakshinchan 8-3-2023 11:38 AM
nak mengeluh nak merengek pasal apa?? bisnes org takkan nk paksa ikut suka bajet dompet sendiri..  ko ada masa 11 bulan kot sebelum nk Raya.. sbln ko simpan la Rm100 semata utk standby beli ticket flight..
Quote Burong_Hantuk 8-3-2023 11:40 AM
bertabahlah
Quote laqoyah 8-3-2023 12:03 PM
Apa yg tak naik negara ni. Yg turun.. hujan jer!
Quote cmf_premierleag 8-3-2023 12:12 PM
Kalo mahal sgt, takyah la balik raya
Airlines ni buat bisnes demi profits..bukan buat CSR utk ko
Kalo nk jimat, naik je la tongkang
Hidup byk options kan
Ada duit, bleh balik
Takde duit, hidup je la mcm org lain di perantauan
Quote lurkingaround 8-3-2023 12:34 PM
Edited by lurkingaround at 8-3-2023 12:36 PM

.
Berita berkenaan, .......

https://malaysiagazette.com/2023 ... i-bermula-hari-ini/ - 2023/03/07 - airasia-tawar-tambang-rendah-tetap-hari-raya-aidilfitri-bermula-hari-ini
... Harga tiket yang ditawarkan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri hanya RM199 sehala manakala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada RM249 sehala. ....
.
MAS macam mana.? Ada "counter offer".?


Tahun lepas, harga satu tiket sehala KL-Tawau mencecah sampai RM2,000 dua minggu sebelum hari perayaan = macam di lelongdotcom dan eBay.
.
Quote green~tea 8-3-2023 12:35 PM
cmf_premierleag replied at 8-3-2023 12:12 PM
Kalo mahal sgt, takyah la balik raya
Airlines ni buat bisnes demi profits..bukan buat CSR utk ko
Kal ...

Tah nye semua nak harap subsidy, nak harap CSR....

Beli la awal2 kot ye nak murah... failed planning
Quote white_musk 8-3-2023 12:37 PM
cmf_premierleag replied at 8-3-2023 12:12 PM
Kalo mahal sgt, takyah la balik raya
Airlines ni buat bisnes demi profits..bukan buat CSR utk ko
Kal ...

Satu lagi option, pindah ke tempat asal... cari kerja di tempat asal..
sekurang kurangnya tiada isu tiket mahal bagai...

kau nak kerja di samannanjung gaza eh silap semenanjung msia kerana boleh dapat gaji mahal tetapi berkira untuk beli tiket kapal  terbang mahal untuk balik ke kampung lebih baik kau kerja saja di kampung kau dik
Quote Lagubestbest 8-3-2023 12:55 PM
merungut sesambil teguk starbucks.
Quote hokeypokey 8-3-2023 01:21 PM
dh tau mahal, balik time raya haji okeh?
Quote nazzse 8-3-2023 01:38 PM
lurkingaround:  Edited by lurkingaround at 8- ...


Lahh tu aje harganya, ingat mahal sangat since dok compare dengan tiket gi Aus. Manja sangat semua pun nak kena suap. Kumpul duit la weyy
Quote Prickford 8-3-2023 01:55 PM
budakshinchan replied at 8-3-2023 03:38 AM
nak mengeluh nak merengek pasal apa?? bisnes org takkan nk paksa ikut suka bajet dompet sendiri..  k ...

The moment duit simpanan tu cukup dari bulan pertama sampai bulan ke-11, tiket pon dah sold out. Yg ada pon harga naik 5000%
Quote hashashes 8-3-2023 01:59 PM
“Namun, bagi mereka yang tidak cakna atau bersikap ‘tunggu dahulu’, natijahnya cukup besar apabila mereka perlu membayar dengan jumlah yang besar bagi mendapatkan sekeping tiket.”

Pastu nak salahkan org lain gak atas kau punya poor planning? Bukan nya minggu depan nak raya hari ni baru tau. Benda tiap2 tahun, pandai2 lah ke tepi kan bajet kalau nak balik raya sangat
Quote hashashes 8-3-2023 02:01 PM
hashashes replied at 8-3-2023 01:59 PM
“Namun, bagi mereka yang tidak cakna atau bersikap ‘tunggu dahulu’, natijahnya cukup besar apabil ...

Wah berdas2 aku lahar, mentang2 lah kampung sekangkang kera jah ampornn tuanku
Quote aechae 8-3-2023 02:09 PM
Kdg2 last minit bru ada promo turun hrga..

I ada kawan yg duk borneo ni, dia pesen balik sblum raya or lps raya je.. pndai2 lh sbb katanya yg penting masa bersama n jumpa family je..x ada on pagi 1 syawal pn xpe.. so kdg mlm raya tu dia dh hala blk ke KL or lps 2-3 syawal tu bru dia blk kmpung ikut lh plan tahun tu mcm mna.
Quote Dwdrum 8-3-2023 02:11 PM
Setiap tahun issue yang sama... Tiada boat/ship kah untuk ke borneo...
Quote venom1 8-3-2023 02:16 PM
rezeki kita bukan kat tempat asal kelahiran kita. jadinya kena la planning. bila tarikh puasa, bila tarikh raya (Aidilfitri / AidilAdha). dari situ dah boleh buat planning saving duit.
Quote Simunggu 8-3-2023 02:55 PM
kawan ada beli utk balik KK raya ini dlm 600 sehala ...biasa kalau dulu dulu dlm 300 ja

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.234502 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top