CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Terpisah Dengan Badan- Budak 9 Tahun Mati Dibunuh, Ibu Tiri Cemburu Sebab Suami Lebih Sayang Dengan Anak

8-3-2023 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3832| Komen: 16

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut angkara menjadi mangsa kekejaman ibu tirinya sendiri.

Lebih tragis, mayatnya ditemui dalam keadaan yang menyayat hati iaitu kepala terpisah daripada badan di bawah rumah.


Kejadian tersebut berlaku di Pulau Sebatik, wilayah Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.


Gambar Hiasan

Terdahulu, kelibat budak lelaki berkenaan yang tidak kelihatan mencetuskan tanda tanya guru kelas al-Quran apabila dia tidak hadir ke kelas pada 25 Februari lalu, sebagaimana kebiasaan.

Ini kerana mangsa dikatakan seorang yang rajin dan tidak pernah sekalipun ponteng kelas mengaji yang dianjurkan gurunya.

Justeru, guru berkenaan mencari mangsa di rumah namun keluarganya juga tidak tahu menahu.

Bapa mangsa kemudian melaporkan kehilangan anaknya di Balai Polis Sektor Sebat Barat.

Polis menggerakkan usaha mencari mangsa selepas dilaporkan hilang, tetapi tidak dijumpai.


Sehinggalah 4 Mac lalu, bau busuk dari bawah rumah mangsa membongkar misteri kehilangannya di mana jasadnya ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan tragis.

Polis yang melakukan siasatan mendapati mangsa maut akibat dipukul ibu tirinya yang berusia 35 tahun.

Menurut polis, motif pembunuhan adalah kerana si ibu tiri cemburu suaminya lebih menyayangi mangsa.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun atau denda maksimum Rp 3,000,000,000 (RM871,991) atau kedua-duanya sekali. - CARI

Sumber: mStar/Acheh.tribunnews

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 8-3-2023 09:05 AM
Bodohnya pompuan indon ni
Dah tahu nak bolot laki sorang2, ko pi la cari bujang atau duda yg takde anak
Quote Burong_Hantuk 8-3-2023 09:08 AM
kejamnya mak tiri
Quote Atata 8-3-2023 09:09 AM
Huh? Denda penjara 15 tahun atau denda je bunuh orang? Biar betul?
Quote venom1 8-3-2023 09:09 AM
mental. bahaya orang macam ni..
Quote Sazreena 8-3-2023 10:28 AM
Asal tak santet je...tu kan MO standard.
Quote hokeypokey 8-3-2023 10:57 AM
jahatnya mak tiri..
Quote ctaz 8-3-2023 10:59 AM
org giler dimana2
Quote greantea 8-3-2023 11:03 AM
bahaya betul cemburu  ni
Quote faraway1 8-3-2023 11:04 AM
Bodohnya
So ingat sekarang bapak budak tu sayang gila ke apa dengan dia
Quote shy79 8-3-2023 11:08 AM
berdebar2 mula2 baca..
ingat kt sini, indon rupanya hmmm
Quote zarulnazmi 8-3-2023 12:32 PM
Jika sabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun atau denda maksimum Rp 3,000,000,000 (RM871,991) atau kedua-duanya sekali.


Kenapa tak hukuman mati je?
Quote white_musk 8-3-2023 12:33 PM
Jahatnya parampuan ini....
akak pun  jahat juga tapi husband akak bujang lah masa kahwin
Quote supernaturalee 8-3-2023 12:51 PM
pulau sebatik ni sebahagian pulau bwh kita ye


btw ajer giler nye pompuan ni
lps ni xde sape yg nk sayang kau dh sister
ebit liew je la yg tgl

Quote Lagubestbest 8-3-2023 12:59 PM
bab duit la ni kut. nak beli gelang mintak travel tak bagi, tapi anak hari2 boleh hulur beli choki-choki.
Quote supernaturalee 8-3-2023 01:00 PM
Lagubestbest replied at 8-3-2023 12:59 PM
bab duit la ni kut. nak beli gelang mintak travel tak bagi, tapi anak hari2 boleh hulur beli choki-c ...

sedap noki2...eh, choki2





Quote asfaz 8-3-2023 01:04 PM
shy79 replied at 8-3-2023 11:08 AM
berdebar2 mula2 baca..
ingat kt sini, indon rupanya hmmm

Sini pun ada dlu. Pakej isteri & anak tiri hilang kepala kan.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.507850 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top