TOKYO – Jepun berisiko tidak lagi wujud sebagai sebuah negara jika kadar kelahiran yang sangat rendah dibiar tidak ditangani, demikian menurut Masako Mori selaku penasihat kepada Perdana Menteri, Fumio Kishida.
Menurut laman berita RT, Mori yang merupakan ahli Parlimen dan juga bekas menteri, menasihati Kishida mengenai masalah kelahiran terlampau rendah di Jepun dan isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Mori membuat ucapan dalam satu temu bual sejurus selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan statistik tahunan mengenai kadar kematian dan kelahiran di Jepun. Negara itu merekodkan kadar kematian dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar kelahiran dengan 799,728 kelahiran didaftarkan berbanding 1.58 juta kematian. “Jika berterusan seperti ini, negara Jepun akan hilang. Orang yang harus hidup melalui proses kehilangan akan menghadapi bahaya yang besar. Ia adalah penyakit yang mengerikan yang akan menimpa anak-anak itu,” kata Mori.
Angka itu menandakan trend penurunan populasi selama sedekad di Jepun walaupun kadar kelahiran bawah 800,000 orang berlaku kali pertama pada 2022. Bukan itu sahaja, usia penduduk Jepun juga semakin meningkat dengan median yang dilaporkan adalah pada 49 tahun. Bilangan penduduk berusia lebih 65 tahun mencecah lebih 29 peratus sekali gus menjadikan Jepun sebagai negara kedua dengan penduduk tertua di dunia selepas Monaco. Sekiranya trend penurunan itu berterusan, Jepun akan menanggung risiko pecahan masyarakatnya, kata Mori, sambil menambah, masalah itu semakin meruncing pada setiap tahun. “Ia (kadar kelahiran) tidak jatuh secara beransur-ansur tetapi berterusan. “Jika langkah tidak diambil, sistem keselamatan sosial akan runtuh, kekuatan perindustrian dan ekonomi akan menurun serta rekrut untuk pasukan pertahanan negara tidak akan mencukupi,” jelas Mori. – CARI Sumber: Kosmo
|
matamata replied at 8-3-2023 01:54 AM
On serious note... Byk sekarang ni rumah2 tinggal (keadaan elok) gomen Jepun bg free ja atau very m ...
dua_chzy replied at 8-3-2023 09:54 AM
Import Rohingla. Dijamin selamat.
dua_chzy replied at 8-3-2023 09:54 AM
Import Rohingla. Dijamin selamat.
grouper replied at 8-3-2023 10:45 AM
Bukan ke ini yg bill gates n geng nwo mau? Populasi manusia kat bumi kena dikurangkan utk kelangsung ...
dua_chzy replied at 8-3-2023 09:54 AM
Import Rohingla. Dijamin selamat.
matamata replied at 8-3-2023 09:54 AM
On serious note... Byk sekarang ni rumah2 tinggal (keadaan elok) gomen Jepun bg free ja atau very m ...
ADVERTISEMENT