CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Kandung Goda, Bercinta Dengan Isteri Anak Sendiri- Lari Naik Basikal Tinggalkan Bayi Umur 6 Bulan

8-3-2023 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3072| Komen: 2

NEW DELHI – Seorang lelaki di India membuat laporan polis kerana mendakwa bapa kandungnya sendiri telah melarikan diri bersama isterinya..

Oddity Central melaporkan, Pawan Vairagi dari negeri Rajasthan menuduh bapanya, Ramesh Vairagi jatuh cinta dengan isterinya lalu menggoda wanita itu untuk berlaku curang.


Menurut Pawan, dia sering bekerja jauh daripada  keluarganya dan ini memberi peluang kepada Ramesh untuk menghabiskan banyak masa dengan isterinya.


Foto: CDN Online

Pasangan itu baru-baru ini melarikan diri dan meninggalkan anak Pawan yang berusia enam bulan.

Selepas mendapat tahu perkara itu, Pawan membuat laporan polis di daerah Bundi dengan menuduh bapanya merampas isterinya serta mencuri basikal milik lelaki itu yang digunakan oleh pasangan  tersebut untuk melarikan diri.

Ketika disoal pihak media, Pawan mengesahkan dia telah memfailkan laporan polis terhadap Ramesh namun, isterinya dianggap tidak bersalah.


Polis berkata, pihaknya  kini melancarkan siasatan bagi mengesan pasangan tersebut.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 8-3-2023 08:46 AM
2 kali kene baca tajuk
Quote intan244 12-3-2023 11:03 PM
lari dr rumah naik beskal bawak menantu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.362347 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top