CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al-Quran Tak Rosak, Masih Kering Walaupun Tenggelam Dalam Banjir

7-3-2023 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1563| Komen: 0

Segamat: Seorang sukarelawan pelupusan al-Quran berasa sebak selepas sebuah naskhah kitab suci itu tidak basah walaupun ditenggelami banjir.

Malah lebih mengejutkan Jaafar Maskor 67, apabila naskhah al-Quran itu sedikit pun tidak rosak dan kekal kering seperti sebelum banjir yang melanda daerah ini.


Jaafar berkata, beliau menyedari al-Quran itu tidak basah selepas dihantar seorang mangsa banjir di sini.


Foto: Harian Metro

Beliau yang sudah melakukan kerja sukarelawan di pusat pelupusan berkenaan sejak lapan lalu berkata, situasi itu agak pelik kerana naskhah al-Quran berkenaan kekal kering dan tidak rosak, sedangkan bahan bacaan lain diletakkan di tempat sama basah selepas banjir di rumah penduduk terbabit.

"Kira-kira jam 8.30 pagi tadi saya ke pusat pelupusan untuk melupuskan al-Quran dan mengesan al-Quran terbabit.

"Sebaik membukanya, saya ingin menjemurnya dulu kerana saya jangka semuanya basah.


"Bagaimanapun, saya terkejut dan menangis selepas sebuah naskhah al-Quran sedikitpun tidak basah, malah berada dalam keadaan baik tanpa sedikitpun lumpur, " katanya ketika ditemui di Pusat Pelupusan al-Quran di Masjid Taman Yayasan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, pesara swasta berasal dari Segamat, ia adalah pengalaman kali pertama dalam hidupnya dan tidak menyangka berlaku di depan matanya sendiri.

"Saya bersyukur kerana dipilih Allah melihat al-Quran tidak basah depan mata walaupun tenggelam.

"Kejadian ini menambah kekuatan kepada saya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah," katanya.

Sementara itu, seorang Lagi sukarelawan, Raziah Razi, 49, yang turut terkejut melihat naskhah al-Quran itu terpelihara.

"Saya seperti bermimpi, tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini.," katanya.Segamat: Seorang sukarelawan pelupusan al-Quran berasa sebak selepas sebuah naskhah kitab suci itu tidak basah walaupun ditenggelami banjir.

Malah lebih mengejutkan Jaafar Maskor 67, apabila naskhah al-Quran itu sedikit pun tidak rosak dan kekal kering seperti sebelum banjir yang melanda daerah ini.

Jaafar berkata, beliau menyedari al-Quran itu tidak basah selepas dihantar seorang mangsa banjir di sini.

Beliau yang sudah melakukan kerja sukarelawan di pusat pelupusan berkenaan sejak lapan lalu berkata, situasi itu agak pelik kerana naskhah al-Quran berkenaan kekal kering dan tidak rosak, sedangkan bahan bacaan lain diletakkan di tempat sama basah selepas banjir di rumah penduduk terbabit.

"Kira-kira jam 8.30 pagi tadi saya ke pusat pelupusan untuk melupuskan al-Quran dan mengesan al-Quran terbabit.

"Sebaik membukanya, saya ingin menjemurnya dulu kerana saya jangka semuanya basah.

"Bagaimanapun, saya terkejut dan menangis selepas sebuah naskhah al-Quran sedikitpun tidak basah, malah berada dalam keadaan baik tanpa sedikitpun lumpur, " katanya ketika ditemui di Pusat Pelupusan al-Quran di Masjid Taman Yayasan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, pesara swasta berasal dari Segamat, ia adalah pengalaman kali pertama dalam hidupnya dan tidak menyangka berlaku di depan matanya sendiri.

"Saya bersyukur kerana dipilih Allah melihat al-Quran tidak basah depan mata walaupun tenggelam.

"Kejadian ini menambah kekuatan kepada saya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah," katanya.

Sementara itu, seorang Lagi sukarelawan, Raziah Razi, 49, yang turut terkejut melihat naskhah al-Quran itu terpelihara.

"Saya seperti bermimpi, tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini.," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.158866 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top