CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Boleh Didenda Atau Dipenjara Kalau Berbogel Di Bilik Hotel Singapura

7-3-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3748| Komen: 11

SINGAPURA – Hukuman denda akan dikenakan jika terdapat aduan bahawa penghuni hotel berbogel di dalam biliknya sendiri di Singapura, lapor portal berita The Sun kelmarin.

Jika seseorang melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa terdapat penghuni  yang berbogel di dalam bilik hotelnya, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak S$2,000 (RM6,649) atau dipenjara selama tiga bulan di negara tersebut.


Ia adalah kerana perbuatan bogel tersebut dianggap sebagai tingkah laku lucah di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman Awam dan Gangguan) atau MOPONA di Singapura.

Foto: Kosmo

Sudah tentu, seseorang itu akan didapati bersalah jika perbuatan berbogel itu dilihat oleh orang lain dan ia menjadi pandangan umum. Justeru, tirai bilik hotel perlu ditutup dengan sempurna sekiranya penghuni tidak memakai seurat benang.

Pada tahun 2009, seorang lelaki didenda S$2,600 (RM8,644) selepas dia berbogel di dalam flatnya sendiri. Perbuatannya yang tidak memakai sebarang pakaian dilihat oleh jirannya.


Singapura turut menguatkuasakan undang-undang melarang mengunyah gula-gula getah, memberi makan haiwan liar dan mencuri WiFi milik orang lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 7-3-2023 06:09 PM
aduh nak berbugil dlm bilik sendiri pn tak boleh...

Quote white_musk 7-3-2023 06:38 PM
Boleh dik salam.. tapi jangan bagi orang nampak lah
Quote Firenzza 7-3-2023 06:43 PM
white_musk replied at 7-3-2023 06:38 PM
Boleh dik salam.. tapi jangan bagi orang nampak lah

Yg komplen mungkin yg sama gender....kot opposite xdenya nk merepot bagai.....rezeki jgn ditolak katanya
Quote antikorok 7-3-2023 06:48 PM
Sementara di tanah ibu pertiwi siap ada yg adventurous gaytohhh berasmaradona di balkoni kondo



https://www.mstar.com.my/lokal/s ... lelaki-seks-balkoni


Quote Mulotkoyak 8-3-2023 07:42 AM
Negara kecik dr penang ni ko sng la nk control. Nk jg. Hasil pun amik dr msia.
Quote Suchi 8-3-2023 08:23 AM
Oklah tu bkn tak bleh bogel cuma jgn la sengaja nak tayang kat org bukak langsir luas2 mcm pilem omputeh tu.
Jiran skodeng hari2 rupanya dia saja je nak perangkap jiran tu supaya terliur tgk depa ehem2 sampai  jiran tu lak sendri dtg umah dia dan terjerat.
Quote cmf_premierleag 8-3-2023 08:25 AM
Abih tu camano pengantin baru nk hanimun kt hotel???
Quote tikusmontok 8-3-2023 09:00 AM
cmf_premierleag replied at 8-3-2023 08:25 AM
Abih tu camano pengantin baru nk hanimun kt hotel???

Kena tunjuk satu doniya ka ko tgh senggama?
Quote Burong_Hantuk 8-3-2023 09:11 AM
lain macam!!!!
Quote capiloton 8-3-2023 09:32 AM
kalau nak berbugil or mengesex dalam bilik,
pastikan orang sebelah tak nampak, tirai kasi tutup.

kalau tak, nanti jadi cenggini


[youtube]YJAGNad7FLI[/youtube]
Quote ally9970 8-3-2023 02:59 PM
Tidak boleh dilihat berbogel...bukannya tak boleh berbogel

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048246 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top