Ampang Jaya: Hanya kerana menegur suaminya supaya tidak memarahi anak mereka ketika sedang makan, seorang wanita lebam di kepala dan tangan dipukul lelaki itu, semalam. Kejadian kira-kira 1 tengah hari itu dilapor berlaku di rumah mereka di Taman Melawati, di sini, dengan lelaki berkenaan sudah ditahan polis pada 5.45 petang hari sama.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa, 40, menegur suaminya yang berumur 43 tahun agar tidak memarahi anak mereka yang berusia tiga dan 10 tahun di meja makan. Katanya suspek dipercayai tidak berpuas hati kemudian memarahi mangsa. "Dia turut memukul isterinya di kepala dan tangan beberapa kali. Suspek hanya berhenti memukul selepas mangsa memberitahu akan menghubungi keluarganya," katanya. Menurut sumber, mangsa yang ketakutan kemudian keluar dari rumah bersama anak, apabila suspek memasuki bilik dan mengambil parang.
"Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya," katanya yang memaklumkan suspek ditahan di kediamannya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 7-3-2023 11:01 AM
apo marah anak masa mengadap rezeki… kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki ...
eyansss replied at 8-3-2023 03:01 AM
apo marah anak masa mengadap rezeki… kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki ...
eyansss replied at 8-3-2023 03:01 AM
apo marah anak masa mengadap rezeki… kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki ...
selani replied at 8-3-2023 03:31 AM
Setuju..pernah alami, time makan pernah kena hadap maki hamun, sumpah-seranah
DARSITA replied at 8-3-2023 03:12 AM
Kepantangan aii jugak.
Kalau nak marah anak ke suami ke biar dia orang makan habis dulu. Kalau a ...
Suchi replied at 8-3-2023 08:27 AM
Mcm dlm movie omputeh kan time tgh kuis2 makanan tu la tetiba nak bangkitkan isu itu ini
Ujung2 ma ...
ADVERTISEMENT