CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2900|Reply: 18

Isteri Dibelasah Sebab Tegur Suami Jangan Marah Anak

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Hanya kerana menegur suaminya supaya tidak memarahi anak mereka ketika sedang makan, seorang wanita lebam di kepala dan tangan dipukul lelaki itu, semalam.


Kejadian kira-kira 1 tengah hari itu dilapor berlaku di rumah mereka di Taman Melawati, di sini, dengan lelaki berkenaan sudah ditahan polis pada 5.45 petang hari sama.


Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa, 40, menegur suaminya yang berumur 43 tahun agar tidak memarahi anak mereka yang berusia tiga dan 10 tahun di meja makan.




Gambar Hiasan




Katanya suspek dipercayai tidak berpuas hati kemudian memarahi mangsa.


"Dia turut memukul isterinya di kepala dan tangan beberapa kali. Suspek hanya berhenti memukul selepas mangsa memberitahu akan menghubungi keluarganya," katanya.


Menurut sumber, mangsa yang ketakutan kemudian keluar dari rumah bersama anak, apabila suspek memasuki bilik dan mengambil parang.


"Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya," katanya yang memaklumkan suspek ditahan di kediamannya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 10:25 AM | Show all posts
ko ceraikan je laki mcm ni nok. sapu licin semua harta dia pastu gi cari laki lain yg lebih berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 10:30 AM | Show all posts
sampai lebam ye bini tu, patut kena belasah balik dan ceraikan saja laki mcm ni, simpan pun jd sampah!! baik buang!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadah mana dadah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:51 AM | Show all posts
ceraikan je la.. alang dia kena jel.. xnk cerai pon ok.. bg dia kena jel dulu.. mana tau dia insaf ke. buat pe nk hidup dlm ketakutan mcm tu. sian anak2.. nk hidup tenang2 dlm umah pon takut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 11:54 AM | Show all posts
keluar parang tu
nak tunjuk kekuatan laki la tu
tunjuk kat pompuan, lemah
gi la libas semak samun blkg umah
bodo punya bapak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2023 12:18 PM | Show all posts
ambil parang? tahi dadah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 12:21 PM | Show all posts
Dengan bini pun nak ambik parang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Runnn for your life
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 01:30 PM | Show all posts
its a red flag utk akak mintak cerai cpt kak. jgn mati di tgn jantan sebegini, kesian anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:01 AM | Show all posts
apo marah anak masa mengadap rezeki…  kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki…
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:11 AM | Show all posts

Dalam kes ini si suami terus ditahan Polis.

Kes retis tumbuk muka wife sampai berjahit kenapa polis tak tahan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:12 AM | Show all posts
eyansss replied at 7-3-2023 11:01 AM
apo marah anak masa mengadap rezeki…  kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki ...


Kepantangan aii jugak.

Kalau nak marah anak ke suami ke biar dia orang makan habis dulu. Kalau ada berita buruk pun biar habis makan baru diceritakan.


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanat betul perangai jantan x guna ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 8-3-2023 03:01 AM
apo marah anak masa mengadap rezeki…  kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki ...


Setuju..pernah alami, time makan pernah kena hadap maki hamun, sumpah-seranah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 8-3-2023 03:01 AM
apo marah anak masa mengadap rezeki…  kepantangan betul aku orang gado berdrama ke apa depan rezeki ...

Mcm dlm movie omputeh kan time tgh kuis2 makanan tu la tetiba nak bangkitkan isu itu ini
Ujung2 makanan tak bersentuh, anak blah gitu je merajuk masuk bilik

Masa makan biarkan org makan dulu ko nk bincang menda2 serius ke nk marah2 ke bkn time org tgh mengadap rezeki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 09:47 AM | Show all posts
selani replied at 8-3-2023 03:31 AM
Setuju..pernah alami, time makan pernah kena hadap maki hamun, sumpah-seranah

sakit hati kan sebab tengah mengadap rezeki...  orang bersusahpayah dapatkan rezeki kot...  nak la tenang2 makan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 09:49 AM | Show all posts
DARSITA replied at 8-3-2023 03:12 AM
Kepantangan aii jugak.

Kalau nak marah anak ke suami ke biar dia orang makan habis dulu. Kalau a ...

jangan buat rezeki macam tu...  bukan senang nak dapatkan rezeki...  aku pernah je tinggalkan orang yang tengah nak tekel aku sebab dia bergaduh dengan kawan aku masa mengadap rezeki...  peduli apa aku dia tu stable nak mampus financially sangat best sebab orang camtu takkan hormat ko sebab tak hormat rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 09:52 AM | Show all posts
Suchi replied at 8-3-2023 08:27 AM
Mcm dlm movie omputeh kan time tgh kuis2 makanan tu la tetiba nak bangkitkan isu itu ini
Ujung2 ma ...

betul...  membazir satu hal...  emosi orang yang tengah tenang2 nak mengadap rezeki terus terusik melampau...  pastu tambah dengan lapar sebab dah sentap...  macam takde masa lain kan nak bincang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057971 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list