Penuntut doktor falsafah (PhD) Universiti Putra Malaysia yang hilang sejak 26 Februari ditemui maut akibat positif Covid-19 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin. Kali terakhir Jordan Anak Maria, 32, dijejaki adalah di Balai Trafik Polis, Ipoh pada 26 Februari lalu sekitar pukul 5.57 petang kerana ingin membuat laporan polis setelah terbabit kemalangan kecil.
Adiknya, Patricia Pashella Lampon, 22, berkata, selesai membuat laporan tersebut, mendiang bergerak ke Kuala Lumpur dan ada membuat laporan kehilangan dokumen di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pada keesokan harinya kira-kira pukul 3.46 pagi. Selepas itu, jelasnya, mendiang mulai hilang jejak dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga sehinggalah berita sedih tentang kematian mangsa akhirnya diterima semalam.
“Mendiang yang bekerja sebagai seorang guru tiba di Semenanjung sejak 21 Februari lalu bagi menyiapkan penulisan tesisnya dalam bidang Politik dan Kerajaan. “Kali terakhir berhubung, dia ada beritahu yang dia terlibat dalam kemalangan kecil dan ingin membuat laporan polis di Balai Trafik Polis, Ipoh. Saya ada beritahu dia untuk hubungi saya semula selepas itu, tetapi tiada. “Sejak 26 Februari itu, mendiang hilang tidak dapat dijejaki. Kami telefon rakan-rakannya pun, tetapi tiada seorang pun yang tahu. Kami ahli keluarganya sedia maklum mendiang dalam keadaan kurang sihat dan stress sebagai seorang pelajar. Tetapi tidak tanya lebih-lebih sebab ingin hormati privasi dia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Tambahnya, mendiang yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tidak menunjukkan sebarang gejala positif Covid-19 kerana mungkin mendiang sendiri tidak mengetahui dia menghidapi penyakit tersebut. Dalam pada itu, Patricia berkata, penerimaan keluarga sangat berat dan sedih kerana tidak menyangka mendiang akan ‘pergi’ dahulu kerana mendiang merupakan seorang yang sangat aktif dalam menuntut ilmu. “Mendiang jenis periang, adakalanya dia tegas khusus dalam pendidikan. Dia jenis bercita-cita tinggi dan suka buat kajian. Sejak dari zaman dia belajar, dia sangat aktif menyandang jawatan-jawatan tinggi. “Dia juga peramah dan pandai membina ‘networking’ dengan orang ramai. Mendiang juga pernah menjadi Felo Perdana di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. “Disebabkan positif Covid-19, kami (ahli keluarga) tidak dapat melihat jasad mendiang sebab prosedur yang telah ditetapkan. Namun tetap berharap walaupun abu mendiang, dapat dibawa semula ke Miri, Sarawak,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
pooh~key replied at 6-3-2023 05:16 PM
Kau meninggal sebab gemuk kot dek?
pengecatbintang replied at 6-3-2023 02:52 PM
Sebab beksin?
LadyCarefree replied at 6-3-2023 10:28 AM
gemok + kobid = morbidity risk naik.
gemok is not awesome
ladybugz replied at 7-3-2023 04:58 AM
covid strain baru ni mmg bukan calang2 ya. i satu family yg terkena awal tahun ni mmg source of infe ...
otai_g replied at 7-3-2023 07:58 AM
Kan dah ada vaksin? Ke mendiang x ambik vaksin, booster apa lanc semua tu?
ADVERTISEMENT