View: 3284|Reply: 28
|
Penuntut PhD Ditemui Maut Di Hotel Akibat Covid-19 Lepas 6 Hari Hilang Tanpa Jejak
[Copy link]
|
|
Penuntut doktor falsafah (PhD) Universiti Putra Malaysia yang hilang sejak 26 Februari ditemui maut akibat positif Covid-19 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin.
Kali terakhir Jordan Anak Maria, 32, dijejaki adalah di Balai Trafik Polis, Ipoh pada 26 Februari lalu sekitar pukul 5.57 petang kerana ingin membuat laporan polis setelah terbabit kemalangan kecil.
Patricia (kiri) dan mendiang Jordan (kanan).
Adiknya, Patricia Pashella Lampon, 22, berkata, selesai membuat laporan tersebut, mendiang bergerak ke Kuala Lumpur dan ada membuat laporan kehilangan dokumen di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pada keesokan harinya kira-kira pukul 3.46 pagi.
Selepas itu, jelasnya, mendiang mulai hilang jejak dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga sehinggalah berita sedih tentang kematian mangsa akhirnya diterima semalam.
“Mendiang yang bekerja sebagai seorang guru tiba di Semenanjung sejak 21 Februari lalu bagi menyiapkan penulisan tesisnya dalam bidang Politik dan Kerajaan.
“Kali terakhir berhubung, dia ada beritahu yang dia terlibat dalam kemalangan kecil dan ingin membuat laporan polis di Balai Trafik Polis, Ipoh. Saya ada beritahu dia untuk hubungi saya semula selepas itu, tetapi tiada.
“Sejak 26 Februari itu, mendiang hilang tidak dapat dijejaki. Kami telefon rakan-rakannya pun, tetapi tiada seorang pun yang tahu. Kami ahli keluarganya sedia maklum mendiang dalam keadaan kurang sihat dan stress sebagai seorang pelajar. Tetapi tidak tanya lebih-lebih sebab ingin hormati privasi dia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Tambahnya, mendiang yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tidak menunjukkan sebarang gejala positif Covid-19 kerana mungkin mendiang sendiri tidak mengetahui dia menghidapi penyakit tersebut.
Dalam pada itu, Patricia berkata, penerimaan keluarga sangat berat dan sedih kerana tidak menyangka mendiang akan ‘pergi’ dahulu kerana mendiang merupakan seorang yang sangat aktif dalam menuntut ilmu.
“Mendiang jenis periang, adakalanya dia tegas khusus dalam pendidikan. Dia jenis bercita-cita tinggi dan suka buat kajian. Sejak dari zaman dia belajar, dia sangat aktif menyandang jawatan-jawatan tinggi.
“Dia juga peramah dan pandai membina ‘networking’ dengan orang ramai. Mendiang juga pernah menjadi Felo Perdana di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Disebabkan positif Covid-19, kami (ahli keluarga) tidak dapat melihat jasad mendiang sebab prosedur yang telah ditetapkan. Namun tetap berharap walaupun abu mendiang, dapat dibawa semula ke Miri, Sarawak,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kau meninggal sebab gemuk kot dek? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 6-3-2023 05:16 PM
Kau meninggal sebab gemuk kot dek?
gemok + kobid = morbidity risk naik.
gemok is not awesome |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 6-3-2023 06:16 PM
Kau meninggal sebab gemuk kot dek?
Ouch! |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar. salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah. obese mmg high risk tp kalu cepat dapat rawaatan insyaallah boleh diselamatkan. kalau tak ke hospital mmg tak tahu la tahap oksigen pakai oxymeter tu utk monitor je tp mmg tetap kena ke spital.
kat luar ni banyak lg kes cobid. simpfom awal pun sama mcm demam je tu yg ada ingat takda apa demam biasa je tau2 oksigen dah tahap kritikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama aku tak dgr mati sebab kobid... Tiber muncul 1 hari ni...
Sempena nak anniversary ke 3 ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 6-3-2023 02:52 PM
Sebab beksin?
Aiols juga syak menda sama. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 6-3-2023 10:28 AM
gemok + kobid = morbidity risk naik.
gemok is not awesome
Yang hairannya Bainun herlok survived Covid. Celaka betul. |
|
|
|
|
|
|
|
covid strain baru ni mmg bukan calang2 ya. i satu family yg terkena awal tahun ni mmg source of infection di kawasan ibu kota ya. mmg sgt teruk teruk compared to bila kena yg awal2 dulu. mmg husband i yg terkena influenza or covid sebelum ni mmg takda kesan apa2, kali ni mmg sgt terkesan dgn covid baru ni. ambik masa yg agak lama nk pulih n ada kesan sampai sekarg. so careful semua semoga jaga la jarak diri semua. mcm mask i mmg pakai all the time kecuali waktu makan, sanitize tangan pun x tinggal n i mmg xda nk mandi swimming pool ka apa still terkena covid. mcm senang sgt terjangkit kali ni, so just be careful |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda2 nya macamana? Demam or selsema? Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
covid kembali nk membunuh manusia ???
sial betol la covid ni . lahanat!! |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin sakit2 ingat rest je bulih sembuh
sekali ajal menjemput
takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah ada vaksin? Ke mendiang x ambik vaksin, booster apa lanc semua tu? |
|
|
|
|
|
|
|
vaksin kurangkan risiko. bukan ubat.tapi klu dh obese gitu mmg high risk la.rasa mesti ada penyakit lain jugak tu kencing manis darah tinggi klu dh obese
|
|
|
|
|
|
|
| |
|