CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Double Park' Tengah Jalan, Tak Tinggal Nombor Telefon- Ramai Kecam Sebab Dalam Kereta Ada Vest Polis

6-3-2023 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1383| Komen: 9

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila sebuah kereta yang didakwa milik anggota polis telah meletakkan ‘double parking’ (parkir berlapis) di sebuah kawasan rekreasi.

Menerusi perkongsian Hanake Shimizu di akaun Facebooknya, kereta berkenaan telah mengakibatkan kesesakan yang teruk kepada pengguna lain.


Tambah pula, tiada sebarang nombor telefon yang ditinggalkan, cuma yang ada hanyalah jaket polis di bahagian ‘dashboard’ kereta.

Foto: FB


“Ingin beriadah lepas itu ‘double park’ tengah jalan sampai jadi sesak teruk. Tidak tinggal nombor telefon tetapi letak ‘vest’ polis,” tulis pengguna tersebut.

Di ruangan komen ramai mengecam tindakan pemilik kenderaan yang kononnya seorang anggota polis kerana tidak bertanggungjawab kepada pengguna jalan raya lain.


Loading FB Post...


“Jadi kalau letak jaket polis di ‘dashboard’ bolehlah letak kereta merata-rata?,” komen Muhammad.

“Awak sebagai orang atasan ini kena tunjuk contoh kepada masyarakat bukannya berkelakuan sebegitu,” komen Ilham.

“Ini mesti polis bantuan. Tak pun konstabel baru keluar rekrut bulan lepas. Jarang anggota lama atau pegawai perangai tayang ‘vest’ depan cermin macam ini,” komen pengguna yang lain pula. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-3-2023 03:20 PM
menaip smbil tersenyum sinis. amboi engkooo mentang polis amboiii engko
Quote airfilterkotor 6-3-2023 03:49 PM
Polis original takdenyer nak tayang vest gitu.
Quote sharlenetexas 6-3-2023 03:52 PM
Polis sukarela?

Quote renko 6-3-2023 03:54 PM
pecahkan je cermin
baling batu dari jauh
hahaha
Quote shernazz 6-3-2023 03:55 PM
Mohtip letak vest kat situ?
Kengkonon nak bgtau ko polis so orang tak bising? Choi..elok pecahkan cermin kete TU Kasi angkat handbrake..tolak sampai hujung jalan
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 04:10 PM
otak letak kat mana tu???
Quote sailormars 6-3-2023 08:25 PM
dia la terpaling polis dlm malaysia nie...kikikiki
Quote Manjahati 6-3-2023 09:07 PM
Napa perlu tutup no plate..sedangkan owner sendiri tonjolkan kebo… sendiri
Quote rosedemon 7-3-2023 08:51 AM
stupid ass

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.043895 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top