Nazrey Johani, 52, mahu semua pihak menghentikan pertanyaan yang mengaitkan dia dengan kumpulan lamanya Raihan. Ia berikutan, kelibat Nazrey tidak kelihatan dalam Konsert Garis Masa Raihan yang diadakan sempena 27 tahun penubuhan kumpulan terbabit yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari lalu.
"Kenapa sebelum itu tak ada? Entahlah...Dahlah...jangan tanya lagi. Serahkan saja kepada Allah. Biarlah...belum masanya jadi. "Saya ada tulis dekat blog saya, Nazrey Raihan Official, merakamkan kembali saat-saat terakhir saya bersama sahabat-sahabat saya di Masjid Bandar Sri Damansara. "Jadi inilah satu momen, satu saat yang saya sendiri pun kenang," katanya ditemui selepas Konsert Saujana sempena 25 Tahun penubuhan mereka di Zepp Kuala Lumpur malam tadi. Nazrey yang tampil sebagai penyanyi undangan berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada Allah.
"Dulu saya mungkin mengharap. Ia bagus. Bukan sahaja harapan saya tapi harapan peminat, harapan umat Islam. "Jadi kalau beberapa kali harapan itu tidak dipedulikan, maka berhentilah kita untuk mengharap. Kita mengharap pada Allah sahaja. Sekurang-kurangnya rasa mengharap itu kan baik. "Itu bererti kita sayang, kita rindu. Macam orang bergaduh, berharap lagi nak berbuat baik. Tunggu WhatsApp kut la ada WhatsApp baguslah," katanya. Menurutnya, hubungannya dengan anggota Raihan satu ketika dulu sangat baik dan dia mengharapkan terus baik kerana ia perkara baik. "Tapi pada hari ini saya nak beritahu, cukuplah mengharap. Berserahlah kepada Allah. Memang saya tidak dihubungi mereka. "Itulah yang saya kata, cukuplah jangan mengharap lagi. Beserah dirilah kepada Allah kerana itu lebih baik. Sebenarnya yang kita harap atau tak itu semua ketentuan Allah. "Satu benda yang kita faham, kehendak Allah itu baik. Dan yang kita rasa tak baik tetap kehendak Allah. Semuanya bagi saya anggaplah satu keindahan dalam perjuangan," kata Nazrey yang mengundur diri dari Raihan pada 2006. Menurut Nazrey lagi, dia tidak terkilan tidak dijemput terbabit dengan konsert itu. "Tidak ada istilah terkilan. Sebetulnya sakit itu pun indah. Macam orang rindu kan orang sakit, tapi itu indah sebenarnya. Sangat merasa rindu itu indah. "Belajarlah untuk terima kehendak Allah. Saya sendiri pun belajar. Apapun saya tetap akan kerjasama kalau ada pelan nak jadi. "Sebagai orang Islam yang beriman, insya Allah kalau betul-betul nak jadi saya sedia bekerjasama. "Satu perkara yang kita kena faham hati mereka bukan hati kita. Pemikiran mereka bukan pemikiran kita. Jadi kita tak dapat buat keputusan," katanya yang meminta persoalan ini tidak diajukan lagi pada masa akan datang. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KirazMevsimi replied at 6-3-2023 02:05 PM
ntah apa la ye konflik dalaman antara diorang
suara nazrey ni antara yang mantap
esbok replied at 6-3-2023 02:09 PM
tak over la kalau daku kata, raihan dulu lagu2 nya menusuk sebab suara dia
lasagna replied at 6-3-2023 02:23 PM
aritu che amran ada kata ahli lain pun dah move on dgn kisah lama..
pdhal bkn ke nazrey ni dlu ckp ...
rosedemon replied at 7-3-2023 09:03 AM
sape suro ko tgllkan raihan time raihan tgh di puncak? skitla ati deme alasan nk g bdkwah la apelah ...
ADVERTISEMENT