CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 14

Nazrey Johani Dah Letih Berharap Nak Berbaik Semula Dengan Raihan

[Copy link]
Post time 6-3-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Nazrey Johani, 52, mahu semua pihak menghentikan pertanyaan yang mengaitkan dia dengan kumpulan lamanya Raihan.


Ia berikutan, kelibat Nazrey tidak kelihatan dalam Konsert Garis Masa Raihan yang diadakan sempena 27 tahun penubuhan kumpulan terbabit yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari lalu.


"Kenapa sebelum itu tak ada? Entahlah...Dahlah...jangan tanya lagi. Serahkan saja kepada Allah. Biarlah...belum masanya jadi.


"Saya ada tulis dekat blog saya, Nazrey Raihan Official, merakamkan kembali saat-saat terakhir saya bersama sahabat-sahabat saya di Masjid Bandar Sri Damansara.


"Jadi inilah satu momen, satu saat yang saya sendiri pun kenang," katanya ditemui selepas Konsert Saujana sempena 25 Tahun penubuhan mereka di Zepp Kuala Lumpur malam tadi.




Foto: Harian Metro




Nazrey yang tampil sebagai penyanyi undangan berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada Allah.


"Dulu saya mungkin mengharap. Ia bagus. Bukan sahaja harapan saya tapi harapan peminat, harapan umat Islam.


"Jadi kalau beberapa kali harapan itu tidak dipedulikan, maka berhentilah kita untuk mengharap. Kita mengharap pada Allah sahaja. Sekurang-kurangnya rasa mengharap itu kan baik.


"Itu bererti kita sayang, kita rindu. Macam orang bergaduh, berharap lagi nak berbuat baik. Tunggu WhatsApp kut la ada WhatsApp baguslah," katanya.


Menurutnya, hubungannya dengan anggota Raihan satu ketika dulu sangat baik dan dia mengharapkan terus baik kerana ia perkara baik.


"Tapi pada hari ini saya nak beritahu, cukuplah mengharap. Berserahlah kepada Allah. Memang saya tidak dihubungi mereka.


"Itulah yang saya kata, cukuplah jangan mengharap lagi. Beserah dirilah kepada Allah kerana itu lebih baik. Sebenarnya yang kita harap atau tak itu semua ketentuan Allah.


"Satu benda yang kita faham, kehendak Allah itu baik. Dan yang kita rasa tak baik tetap kehendak Allah. Semuanya bagi saya anggaplah satu keindahan dalam perjuangan," kata Nazrey yang mengundur diri dari Raihan pada 2006.


Menurut Nazrey lagi, dia tidak terkilan tidak dijemput terbabit dengan konsert itu.


"Tidak ada istilah terkilan. Sebetulnya sakit itu pun indah. Macam orang rindu kan orang sakit, tapi itu indah sebenarnya. Sangat merasa rindu itu indah.


"Belajarlah untuk terima kehendak Allah. Saya sendiri pun belajar. Apapun saya tetap akan kerjasama kalau ada pelan nak jadi.


"Sebagai orang Islam yang beriman, insya Allah kalau betul-betul nak jadi saya sedia bekerjasama.


"Satu perkara yang kita kena faham hati mereka bukan hati kita. Pemikiran mereka bukan pemikiran kita. Jadi kita tak dapat buat keputusan," katanya yang meminta persoalan ini tidak diajukan lagi pada masa akan datang. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah apa la ye konflik dalaman antara diorang

suara nazrey ni antara yang mantap
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:09 PM | Show all posts
KirazMevsimi replied at 6-3-2023 02:05 PM
ntah apa la ye konflik dalaman antara diorang

suara nazrey ni antara yang mantap

tak over la kalau daku kata, raihan dulu lagu2 nya menusuk sebab suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:23 PM | Show all posts
aritu che amran ada kata ahli lain pun dah move on dgn kisah lama..

pdhal bkn ke nazrey ni dlu ckp dia tak prnh tenang dgn raihan sbb jadi tumpuan slalu. dan xmau jd popular.

ntah laa, pdhal lagu2 nasyid islamic jer kot. xde yg lagha pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:25 PM | Show all posts
Laaa..apa yang tak move on lagi nazrey ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah raihan xmo, gerak solo laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2023 03:32 PM | Show all posts
sedap suara dia weyy
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:00 PM | Show all posts
raihan tanpa ustaz nazrey jadi hairan.
langsung tak sedap dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 04:03 PM | Show all posts
nazrey yg tinggalkan raihan
maybe ada percakapan @ perbuatan nazrey yg telah menyinggung ahli2 yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 6-3-2023 02:09 PM
tak over la kalau daku kata, raihan dulu lagu2 nya menusuk sebab suara dia

betul. ada kelainan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:42 PM | Show all posts
lasagna replied at 6-3-2023 02:23 PM
aritu che amran ada kata ahli lain pun dah move on dgn kisah lama..

pdhal bkn ke nazrey ni dlu ckp  ...

che am la uoollsss...
satu lagi amran...
hihihi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiiiii orang warakkkkk pun berkecik hati putus silatul rahim...?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:03 AM | Show all posts
sape suro ko tgllkan raihan time raihan tgh di puncak? skitla ati deme alasan nk g bdkwah la apelah ko yg jadi punca dlu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:27 AM | Show all posts
rosedemon replied at 7-3-2023 09:03 AM
sape suro ko tgllkan raihan time raihan tgh di puncak? skitla ati deme alasan nk g bdkwah la apelah  ...

iye nazri ni yg beriya tinggalkan raihan dulu masa tu tgh naik dia buat hal sdri..dgn harapan time tu dia tgh top dapat lagi byk job dan guna kemasyuran dia utk gain somting bigger pastu tak sprt diharapkan dia pun bawak nasib kehulu kilir mengendeng balik raihan mintak kesian tapi cakap macam orang lain yg salah. paly victim org kata. masa dulu kan dia pernah buat show sorg2 kt pasar remadan kutip derma.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:29 AM | Show all posts
suara nazrey sedap ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.087741 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list