CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Serang Madu, Rosakkan Kereta Dan Motor Sebab Berang Suami Tak Balik 2 Hari

6-3-2023 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2027| Komen: 24

Kemaman : Wanita menyerang madunya selepas merosakkan kereta dan motosikal milik suaminya di Gong Pauh.

Dalam kejadian 2.15 petang itu, suspek, 28, itu dipercayai bertindak demikian kerana berang terhadap suaminya yang sudah dua hari tidak pulang ke rumahnya.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menceroboh masuk perkarangan kediaman pengadu dan terus merosakkan motosikal dan kereta milik suami pengadu.


Gambar Hiasan

Menurutnya, berikutan itu berlaku pertengkaran mulut antara pengadu, 34, dengan suspek sebelum berlaku pergelutan di antara merek.

"Ketika kejadian pengadu bersama seorang anaknya berusia lapan tahun dan kesan pergelutan itu menyebabkan pengadu luka pada jari tangan kanan," katanya.

Hanyan berkata, suspek memecahkan cermin hadapan dan belakang kereta milik suami pengadu menggunakan bakul mengisi buah.


"Suspek datang ke rumah pengadu bertujuan mencari suaminya kerana tidak pulang ke rumah selama dua hari.

"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin dengan adik suspek," katanya

Katanya, suspek dipercayai masih belum disahkan bercerai dengan suaminya melalui Mahkamah Syariah.

"Pengadu juga mendakwa suspek turut merosakkan kereta jenis BMW miliknya.

"Suspek juga datang ke Balai Polis Daerah Kemaman untuk membuat laporan dan polis kemudiannya menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 6-3-2023 12:57 PM
wow... kira bini muda serang umah bini tua la ni
penyondol sudah upgrade level
bukan setakat sondol
terus ceroboh & attack
mereng kot , takleh terima hakikat bakalan di cerai kin
Quote tikusmontok 6-3-2023 12:58 PM
Dah tiba pulak musim madu2 bercakaran ...
Bak kata sorang tiktoker, jangan panggil laki korang bee, tau2 dia bagi korang madu.
Quote namr 6-3-2023 01:06 PM


Quote asamfish 6-3-2023 01:06 PM
wait!  aku tak faham ayat ni...

"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin dengan adik suspek," katanya

maknanya toklaki dia tu kawen dgn adik dia....suspek dan adik suspek juga bermadu?
Quote ninja boy 6-3-2023 01:09 PM
Sepatutnya dua2 pukul suami miang
Quote syamzana 6-3-2023 01:10 PM
bini ke2 serang bini pertama tnya utk tnya laki derang nikoh dgn adik bini ke2???
tau plak ko merempan toklaki nak nikoh lain?ekekekeeke. dasar penyondol.
tapi kalau tak cerai lg blh ke lakinya nikoh dgn adiknya????

omg!!!! ape benda la aku bc neh. malusss iols nak ngaku ummah trg gini. makang ikang kuat ngat neh
Quote Kitty_catz 6-3-2023 01:11 PM
asamfish replied at 6-3-2023 01:06 PM
wait!  aku tak faham ayat ni...

"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengeta ...

ehh boleh ke dlm isle?

Quote asamfish 6-3-2023 01:14 PM

setau aku, kalau kakak/adik tu dah meninggal, boleh...org panggil ganti tikar.  tapi kalau dua2 masih hidup, tak boleh.

Quote Thunderclouds 6-3-2023 01:15 PM
asamfish replied at 6-3-2023 01:06 PM
wait!  aku tak faham ayat ni...

"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengeta ...

Wartawan kelas belakang mngarang chuolsss
Means yg menyerang dlm proses cerai ngn tok laki, dlm masa yg sama tok laki p kawen ngn adik dia(penyerang).
So tok laki ada 3bini leni
Quote Kitty_catz 6-3-2023 01:16 PM
asamfish replied at 6-3-2023 01:14 PM
setau aku, kalau kakak/adik tu dah meninggal, boleh...org panggil ganti tikar.  tapi kalau dua2 ma ...

tu la, meols pun konpisu tang situ


Quote Thunderclouds 6-3-2023 01:18 PM
Dh dpt cipap kakak lapo cipap adik.
Cerai kakak p kawen adik.
Hebat jantan isle ganu

Quote asamfish 6-3-2023 01:19 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 01:15 PM
Wartawan kelas belakang mngarang chuolsss
Means yg menyerang dlm proses cerai ngn tok laki, dlm  ...

still aku takleh nak digest sbb gila badak la toklaki tu kalau betul kawen dgn adik bekas bini sedangkan bekas bini masih hidup...ini kan pulak bermadu adik beradik

Quote LautBiru52 6-3-2023 01:23 PM
berita ape aku baca ni. bini belum mati laki dah kawin dgn adik siap2. gulung tikar terus. hahahahahaha
Quote Thunderclouds 6-3-2023 01:25 PM
asamfish replied at 6-3-2023 01:19 PM
still aku takleh nak digest sbb gila badak la toklaki tu kalau betul kawen dgn adik bekas bini sed ...

Dh cerai boleh chuols.
Tp kes cerai dia ni mahkamah syariah lom sahkan lg.
Patotnya xleh kawen lg.
So depa mungkin kawin kt sempadan.
Quote asamfish 6-3-2023 01:29 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 01:25 PM
Dh cerai boleh chuols.
Tp kes cerai dia ni mahkamah syariah lom sahkan lg.
Patotnya xleh kawen lg. ...

oh...boleh eh....selama ni ingatkan tak boleh kalau dua2 masih hidup.  ok.  thanks for pencerahan.

Quote prettyuglybabe 6-3-2023 01:45 PM
dia caras laki orang dia yang insecure
Quote _blackbird 6-3-2023 01:52 PM
boleh lukis tak mcm mana kisah cinta bersegi2 beliau.
Quote midori888 6-3-2023 01:57 PM
Pening baca....maknanyer laki tu ada 3 bini lah yer?
Bini 1 : Pengadu
Bini 2 : Suspect
Bini 3 : Adik Suspect

Quote CiliPadiSedap 6-3-2023 03:01 PM
hahaha keluarga 69

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041001 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top