View: 1901|Reply: 24
|
Wanita Serang Madu, Rosakkan Kereta Dan Motor Sebab Berang Suami Tak Balik 2 Hari
[Copy link]
|
|
Kemaman : Wanita menyerang madunya selepas merosakkan kereta dan motosikal milik suaminya di Gong Pauh.
Dalam kejadian 2.15 petang itu, suspek, 28, itu dipercayai bertindak demikian kerana berang terhadap suaminya yang sudah dua hari tidak pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menceroboh masuk perkarangan kediaman pengadu dan terus merosakkan motosikal dan kereta milik suami pengadu.
Gambar Hiasan
Menurutnya, berikutan itu berlaku pertengkaran mulut antara pengadu, 34, dengan suspek sebelum berlaku pergelutan di antara merek.
"Ketika kejadian pengadu bersama seorang anaknya berusia lapan tahun dan kesan pergelutan itu menyebabkan pengadu luka pada jari tangan kanan," katanya.
Hanyan berkata, suspek memecahkan cermin hadapan dan belakang kereta milik suami pengadu menggunakan bakul mengisi buah.
"Suspek datang ke rumah pengadu bertujuan mencari suaminya kerana tidak pulang ke rumah selama dua hari.
"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin dengan adik suspek," katanya
Katanya, suspek dipercayai masih belum disahkan bercerai dengan suaminya melalui Mahkamah Syariah.
"engadu juga mendakwa suspek turut merosakkan kereta jenis BMW miliknya.
"Suspek juga datang ke Balai Polis Daerah Kemaman untuk membuat laporan dan polis kemudiannya menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
wow... kira bini muda serang umah bini tua la ni
penyondol sudah upgrade level
bukan setakat sondol
terus ceroboh & attack
mereng kot , takleh terima hakikat bakalan di cerai kin
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tiba pulak musim madu2 bercakaran ...
Bak kata sorang tiktoker, jangan panggil laki korang bee, tau2 dia bagi korang madu.
|
|
|
|
|
|
|
|
wait! aku tak faham ayat ni...
"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin dengan adik suspek," katanya
maknanya toklaki dia tu kawen dgn adik dia....suspek dan adik suspek juga bermadu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya dua2 pukul suami miang |
|
|
|
|
|
|
|
bini ke2 serang bini pertama tnya utk tnya laki derang nikoh dgn adik bini ke2???
tau plak ko merempan toklaki nak nikoh lain?ekekekeeke. dasar penyondol.
tapi kalau tak cerai lg blh ke lakinya nikoh dgn adiknya????
omg!!!! ape benda la aku bc neh. malusss iols nak ngaku ummah trg gini. makang ikang kuat ngat neh |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku, kalau kakak/adik tu dah meninggal, boleh...org panggil ganti tikar. tapi kalau dua2 masih hidup, tak boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 6-3-2023 01:06 PM
wait! aku tak faham ayat ni...
"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengeta ...
Wartawan kelas belakang mngarang chuolsss
Means yg menyerang dlm proses cerai ngn tok laki, dlm masa yg sama tok laki p kawen ngn adik dia(penyerang).
So tok laki ada 3bini leni
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la, meols pun konpisu tang situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh dpt cipap kakak lapo cipap adik.
Cerai kakak p kawen adik.
Hebat jantan isle ganu
|
|
|
|
|
|
|
|
still aku takleh nak digest sbb gila badak la toklaki tu kalau betul kawen dgn adik bekas bini sedangkan bekas bini masih hidup...ini kan pulak bermadu adik beradik
|
|
|
|
|
|
|
|
berita ape aku baca ni. bini belum mati laki dah kawin dgn adik siap2. gulung tikar terus. hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 6-3-2023 01:19 PM
still aku takleh nak digest sbb gila badak la toklaki tu kalau betul kawen dgn adik bekas bini sed ...
Dh cerai boleh chuols.
Tp kes cerai dia ni mahkamah syariah lom sahkan lg.
Patotnya xleh kawen lg.
So depa mungkin kawin kt sempadan. |
|
|
|
|
|
|
|
oh...boleh eh....selama ni ingatkan tak boleh kalau dua2 masih hidup. ok. thanks for pencerahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia caras laki orang dia yang insecure |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lukis tak mcm mana kisah cinta bersegi2 beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Pening baca....maknanyer laki tu ada 3 bini lah yer?
Bini 1 : Pengadu
Bini 2 : Suspect
Bini 3 : Adik Suspect
|
|
|
|
|
|
|
| |
|